huuh...aku baru dapat berehat. maksudku untuk hari ini. duty malam ini. beberapa hari ini di tempat kerja memang 'ganas'. kejadian bencana tanah runtuh yang berlaku berturut- turut membuatkan semua petugas di tempat aku tidak boleh kerja goyang kaki. setiap masa semua kena bersedia dan bergegas.
selepas habis teater, memang selalunya aku akan sibuk. sibukku tak pernah habis. untuk cuti hari raya haji pun aku boleh terlupa untuk pohon. pada saat akhir baru minta pada boss. nasib baik boss kasi cuti tapi satu hari sahaja. keluargaku pula balik kampung. aduhh...aku masih tak dapat bersama keluarga lagi. marah mak!
bulan 4 tahun depan memang pasti aku kena minta cuti. seorang sahabatku ajak ke uk. dapat tiket promosi. minta aku confirm segera mungkin. dalam masa sama keluarga rancang mahu bercuti. abang dah tempah tiket air asia, maka mahu tak mahu aku kena pergi. ada eloknya juga buat macam tu. kalau tidak sampai bila tak dapat luangkan masa bersama keluarga.
terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang hadir tonton dan menikmati teater cinta julia hari tu. ada yang dapat jumpa ada yang tidak. setiap kali habis pementasan teater memang akan menerbitkan perasaan rindu untuk berteater lagi. suatu ketagihan yang istimewa.
buat keluarga mangsa tanah runtuh - takziah diucapkan.
13 comments:
bila alam bertindak kejam..
macam2 boleh jadik..
p/s : sorry tak dpt tgk Julia ari tu.
busy lately.
tambah2 bila tak ada duit utk tonton teater..hehe
tgk filem pun atas undangan preview semata2..
tak pe deen. next time. semoga dilimpah kurnia rezeki untuk deen
bencana berlaku kerana tuhan sayang...
*selamat hari raya aidiladha.
bestnyer dapat gi UK kannns.. me kat UK (ulu klang) jakkks.. uhuhu
selamat hariraya aidiladha,
hati2 dijlnraya..
majulah sukan tuk negara..
selamat hari raya juga ryann :)
apa projek terbaru?
salam aidiladha juga yek...
risau pulak bila salu sgt dah tanah runtuh ni kan.
p/s: jgn tak nak update deen plak ye kalau ada teater lagik.
sorry skali lagik
selamat hari raya ryann.. pergi UK tinggalkan si dia ke?
hahaha.. gurau je jangan marah ye ryan.. bestnya dapat tiket promosi.. kalau qasih cuma mampu pi takat sabah/sarawak je. tu pun nasib baik ada kenalan. jimat la skit.
hmmmm... UK ek? Cik SM tak nak bawa kami bersama-sama ker? :p
betul bang pyanhabib- tuhan sayang sebab tu sentiasa mengingatkan. selamat hari raya
en_me - gi ulu klang jugak...adusshhh uk mahal. selamat hari raya
miezi - projek terbaru...nanti akan di update. mungkin awal tahun depan rasanya.
deen - diantara yang akan diberitahu dulu... hehehe.
qasih - si dia selalu kena tinggal dan meninggalkan..hahaha
promosi pun cam mahal gak.
uihh...chi..hahaha. nak bawa tu kena sponsor ke maksudnya?
tengah pikir ni. uk mahal tu. berbaloi ke tak. cuti dgn famili jer lah kot
selamat hari raya liyan, qasih, miezi dan semua
siapa kena tebok tu yann..? diva ke..? atau tiger...? haha...
..tiger..adoihh..kita sesama kena tebuk bang
Post a Comment