terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, December 18, 2013

melihat zon

ketukan jari aku sering kaku apabila aku lepas sign in blog ini. ahh...di minda bermain- main kata. risau asyik membisik berputar di atmosfera kepala, bahaya pula.

banyak aku perlu buat. di samping rutin hakiki yang tak pernah berhenti. rasa tak cukup- cukup masa. kalau minta 30 jam satu hari pun takkan cukup. pengurusan masa termasuk rehat sangat perlu.

dah tak akan ada 2013 ini lagi, aku rasa aku silap strategi. eh, bila pula aku atur strategi. aku rasa tak syok nak merancang sangat. aku suka ikut arus. sambil ada matlamat. tapi kadang- kadang matlamat itu pun kurang jelas. ahh...aku sering dapat apa yang aku nak kan.

jom lihat hidup orang lain. ada yang ku lihat perjalanan hidup seseorang itu berjalan dengan cantik. seolah dirancang hidupnya. barangkali juga dia memang berstrategi. tapi mungkin juga arus yang membawanya mengalir ke laluan yang mudah. takdir.
ada yang bagai sudah henti bercita- cita. kekal dengan zon sedia ada. hidup bagai terhenti, sedang fizikal masih rancak menari.

melihat perjalanan hidup orang lain pasti akan menerbitkan suatu rasa. ya...bertuahnya dia menjadi begitu. itu normal dan sepatutnya menjadi motivasi diri untuk jadi lebih baik dalam laluan sendiri. melihat kepada kelebihan, kecenderungan. yang kita ada, dia mungkin pun takde. ahh.. tapi kelebihan yang dia ada sangat berlebih. hmm...tapi itu, aku baru lihat satu di antara ramai. itu baru boleh digelar ikon.