terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, January 28, 2011

peminat masa dEpan

masa ni lah dapat salam dengan mereka
esok sudah famous, tak merasalah kot
... internal speech aku semasa bersalam dengan semua peserta pilih kasih
aku sengih-sengih arrogant je. apa punya perangai dah.
 
secara berdepan dapat rasa juga sedikit aura mereka berserta kerendahan diri.
semoga berjaya semua.
aku...wajib kena sokong hariz.
bukan sebab ke'boleh tahan'an rupanya tau.

Saturday, January 22, 2011

othello - tengah Main

diarah oleh pengarah dari denmark
info lanjut : masakini theatre 

chi berlakon. hmm... 

Wednesday, January 19, 2011

keghairahan, kekerapan dan kegusaraN

...aku tertarik membaca artikel tentang eman manan, khalid salleh, rahim razali dan u-wei dalam utusan malaysia. walaupun ringkas, artikel- artikel tersebut bukan sahaja memaparkan pemikiran mereka, malah pandangan mereka tentang senario seni terkini.

memetik kenyataan u-wei dalam utusan,
  "di malaysia kita belum ada budaya menonton tidak kiralah cerita atau genre apa sekalipun. ibaratnya kalau ada seorang naik keretapi, maka yang lain akan naik keretapi."
  "kita tidak boleh salahkan para penonton kerana mereka hanya menonton apa yang disajikan kepada mereka. macam tiada pilihan."


...keghairahan dalam berkarya memang harus ada. bernasib baik impak hasil dari keghairahan itu boleh mencetuskan magis, fenomena, dan juga box-office.


...filem seram dan drama fairy tale. apabila terlalu kerap sangat hingga menjadi trend dalam pembikinan, pasti mengundang gusar. apakah akan terjadi kesan dari kegusaran itu?
kita sama- sama tunggu.


mengapa berkarya perlu mengikut trend?
  kehendak penontonlah beb!
kehendak penonton atau penonton sendiri tiada pilihan?
  ahh, naik sahajalah train. banyak songeh!

Wednesday, January 12, 2011

pertikAi

filem pertikai
tari pertikai
muzik pun pertikai
tak rancak tanpa pertikaian
seni itu...
hasilkan suka atau tidak
sesiapa bebas untuk nikmati
mentafsir
berjayanya seni itu...
ia mengusik

Wednesday, January 05, 2011

patuT remake 7 perhentian

beberapa hari lepas aku tertengok di astro, filem 7 perhentian. baru mula. tapi tatkala keluar muka heronya terus aku tukar ke channel masakan. aku bukan tak suka farid kamil. cuma belum boleh suka lagi. kiranya akan datang boleh sukalah nanti ye. takpe, ramai lagi yang minat gila dia.

aku cuba paksa suka tapi tak boleh. kesian farid kamil. dia sudah berlakon banyak filem beb! sampai hati kau. ..upss sampai hati aku. ok. oklah...satu je filem yang aku rasa hampir dah nak suka, iaitu lakonannya dalam filem anak halal. muka macam banduan je dalam filem ni. dalam filem papadom pun perasaan aku sudah nak hampir tapi tertukar ke que haidar pulak yang guna nama pena wajib tayang. haha kreatif betul afdlin boleh terfikir nak letak nama tu. sangat kelakar. kelakar yang unik. kalau filem pendek eksistensial sial tu masuk pertandingan filpen mesti boleh menang anugerah juri.

berbalik kepada filem 7 perhentian, dulu aku pernah tertonton di tv. aku paksa tengok sampai habis demi nak lihat karya bro saniboey. aku rasa cerita ni sepatutnya boleh jadi menarik. adakah sebab pengarahnya atau seleksi pelakon yang kurang tepat. barangkali farid kamil terlalu muda untuk pegang watak berat. kalau sekarang ni bagi dia berlakon baru ok kot. lakonannya sudah bertambah matang walaupun aku masih belum gemar dia lagi.

filem genre thriller sesuai kalau diterap elemen twist. filem ini ada tapi taraf entah apa- apa. lebih baik tak payah buat. patutnya tak ditunjuk lagi farid tu bercakap sorang-sorang supaya kita tak teragak erra tu cuma ilusi. lagi satu, sebenarnya sepanjang perjalanan farid kamil tu rupa-rupanya tanpa sedar dia membawa seorang mayat wanita. dan...apa kaitannya farid dengan erra dan mayat itu. jawapannya, tak ada apa- apa. mungkin aku patut tengok lagi filem ni lebih dari lima kali untuk faham. ah, tak taulah.  aku tak rasa filem ni komplikated pun.  cuma aku rasa kalau difilemkan semula dengan ubahkan pengarahnya mesti hasilnya agak ok. entahlah. cuma, pertama kali apabila aku tengok filem ni aku rasa terkilan. sayang.

Saturday, January 01, 2011

sudaH 2011

boleh kata ia cuma angka
sebagai bukti
untuk kita sedar
yang selama ini tidak sedar
setiap kali nafas disedut
mata berkelip
kata diucap
telinga mendengar
yang nampak jauh makin rapat kelihatan
hidup marakan langkah
mati bila-bila saja
ayuh lekas nikmati hidup
sambil bersedia