terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, June 13, 2016

enam bulan pertama

setakat masuk setengah tahun 2016 ini, bersemangat aku ke pawagam. tiket mahal pun tak berapa kisah.


***

ada beberapa perkara buat aku sedikit kecewa. bukan sebab usaha yang diberikan. aku tak berkira- kira tentang betapa banyaknya usaha yang dicurahkan (dan pengorbanan) sebab pada pengakhiran orang tengok hasil. aku faham ini (lama juga untuk faham sebelum ini). nilai penghargaan sudah lama mati.

aku agak kecewa apabila sepetik jari segalanya terhenti tanpa melihat rasional dan up to date sesuatu perkara yang dilakukan. konservatif yang tak berapa elok masih diambil kira. idea- idea segar seakan debu. tak berpeluang bermutasi langsung. kesian anak- anak muda ini yang meluap idea & semangat mereka dimatikan. 'matikanlah' orang sakit. jangan kepada yang baru teruja mula hidup. mentaliti & persepsi mereka akan terganggu.

nasib aku pernah hadapi senario yang teruk dahulu. maka sekarang kalau down aku boleh handle. musim masing- masing.


***

berita apabila tak ada value aku jadi keliru. sedar atau tidak, ia semakin rendah nilainya.