terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, September 06, 2006

pAsCa pINDah

family dah pindah rumah...2 hari kejap je rumah dah kemas. saudara ramai tolong. perabot tak banyak...barang kecik2 je berlambak(paling banyak aku punya ler..berlawan- lawan dengan barang abah). aku rasa karakter nostalgik ni aku ikut abah ler. abah...pengumpul album gambar.dari hitam putih...sepia ke digital. kelakar je rancangan nakal makcik- makcik aku yang sambil tolong2 kemas tu ingat nak 'curi' foto yang lama2 , tapi tak berjaya. abah macam tahu. aku sengih je apabila salah seorang makcik aku ceritakan kegagalan niat sambil menyelam minum air tu. lepas tu pulak abah ceritakan dekat aku tentang foto2 yang bakal 'hilang'. abah betul2 'jaga'.

aku pulak dok rebut2 bilik dengan adik bongsu. rebut2 almari. almari aku abah dah ambil. siang2 dah isi album & barangan antiknya. mak jugak cool. main area dapur jer. tapi barang mak siap kemas dulu.masa nak tinggalkan rumah lama...sedih juga. dekat 19 tahun duduk di cheras. rumah kecik...tapi happening dan kat sinilah ramai saudara selalu singgah. kat rumah ni jugak ler...aku pernah belajar di dapur bertemankan lipas, cicak sekali- sekala disergah tikus.

ketika keluarga duduk di cheras dalam seminggu ada dekat 3-4 kali aku balik. duduk jauh ni...mungkin seminggu sekali balik. tapi, aku patut kena balik selalu. mak ngan abah mesti sunyi...adik-beradikku buat perancangan, memandangkan aku kerja shift weekdays boleh balik rumah apabila off. adik & abang datang hujung minggu. hal-hal jauh...jammed, duit minyak bertambah & tol lagi dah tak boleh peduli. makin lama aku tersedar...kerja dan duit, cari-cari jugak...family yang terutama.