terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Sunday, August 27, 2006

pINdah...tra..la..la

seminggu lagi family aku akan pindah...jauh dari kota. tengah sibuk kemas barang. mak suruh kemas barang masing2 dulu mana tak pakai lebih baik buang je.aku tak banyak pakaian (sebab dah ada di rumah sewa). aku banyak buku, majalah, album, cenderamata, surat, poster, lukisan dan barang2 yang entah apa- apa tapi sayang nak buang. aku kumpul,baca & pilih mana patut disimpan atau dibuang. tapi sayang tu...rupanya aku ni nostalgik jugak ler. setiap barang ada sentimental value nya.

aku banyak simpan surat...terutama dari kawan-kawan masa sekolah menengah. aku baca lepas tu aku tergelak sorang-sorang. stail lawak & penggunaan bahasa bombastik pada zaman itu terimbas kembali. ada yang duduk sesama kl pun siap bersurat- surat. dulu...mana ada handphone. penggunaan internet & email masih belum popular, jadi nak berkomunikasi kalau tak guna telefon rumah, guna surat ler. aku ingat...seorang kawan sekolah rendah, hasreena namanya. sejak masuk asrama, dialah yang rajin kirim surat...ceritakan suasana kehidupan duduk di asrama. selepas spm pun ramai yang berutus surat setelah ramai yang melanjutkan pelajaran ke maktab, matrikulasi & itm. kalau ada surat untuk aku...berseri je muka.

sekarang aku masih terima surat...kalau terima aku lambat- lambat nak baca. ia bukan dari kawan tapi daripada mara, astro, tm, bank dan sekali- sekala surat dari indah water.