terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, August 18, 2005

daTaNg daN PerGi

dalam kehidupan...orang sering datang dan pergi. dilupai dan diingati. yang pergi tinggalkan memori, yang datang bawa perubahan. yang pasti di mana kita meletakkan diri agar disukai, tak dibenci.

Monday, August 15, 2005

kIsaH sEPet

tak habis2 kontroversi kisah filem sepet. dah menang kira oklah tapi orang bising- bising. bila dijawab. kena balik. aku pelik dengan dunia perfileman malaysia yang tak seberapa ni. agaknya betullah kata- kata yasmin. yasmin memang berani. tetapi memang patut le sebab ibarat tiada siapa yang tampil menyokongnya. pendapatku sepet filem yang layak menang. walau dikatakan puteri gunung ledang filem yang cukup ciri sinematiknya, tetapi sebagai karya epik aku kurang terasa keindahannya. sepet jujur dan realiti.

paLiNg tAKut

lupa diri, tak sedar diri dan riak...perkara yang paling takut berlaku padaku. setiap kali aku terlajak aku ishtigfar banyak- banyak. jauhkan aku dari itu semua. biar manusia di sekeliling berperilaku sedemikian, asal bukan aku. jangan lupa asal- usul...jangan lupa asal- usul. aku ada kini kerana wujud dulu.

Friday, August 12, 2005

jEreBu oh JeRebU

aku masih di ofis...dari pagi hingga malam. jerebu makin teruk, nak keluar pun tak sanggup. dalam bangunan pun asap kuat. ramai yang sakit. pukul 5 petang semasa aku sibuk buat persediaan terbitkan berita, editor kata dapat declare dari pm yang dua kawasan(pelabuhan kelang dan hulu selangor) diisytihar darurat. lalu dijadikan headline.dekat kl pun rasa sesak, dekat kawasan tu tentu lagi teruk.

kerja makin rancak, nafas makin sesak. harap semua orang jaga kesihatan masing- masing...dan berharap bencana alam ini akan berakhir sesegera mungkin. ke mana kita hendak lari, ke mana kita hendak pergi jika udara yang disedut itu adalah racun. how to survive?

Monday, August 08, 2005

kErjA daN keiKhlAsaN

perlu diakui semua orang kerja untuk wang...dapatkan wang. faktor lain dikira kemudian. kerana itu juga adakalanya keikhlasan bekerja tiada. sampai satu tahap apabila kita bekerja di takuk yang sama...reputasi boleh terganggu. kerja mula berkira. jadi malas. gaji kau, gaji aku sama kenapa aku kena kerja lebih?

kerja...apabila kita telah menjawat sesuatu kerja. suka atau tak, kita mesti minat pada kerja itu. lakukan dengan fokus. kalau tak suka, dah tawar hati dan buat kerja kerana terpaksa, lebih baik lepaskan sahaja. cari kerja lain. tak susahkan majikan dan rakan sejawat.

kerja pertama aku di kedai muzik di bukit bintang plaza, ivory shop namanya (masih ingat). majoriti pekerja chinese, melayu dua tiga sahaja lepasan sekolah termasuk aku(kesemuanya wanita).penyelia aku bernama yen. aku masih ingat dia...kerana apa? bukan kerana dirinya kecil molek dengan wajah tak pernah senyum, tapi kerana dari dialah aku diajar berdisiplin dalam bekerja. sangat tegas tapi aku suka. mana nak? antara inginkan ketua yang tegas atau biarkan kau buat apa sahaja hingga menjadikan suatu kerja itu tidak bermakna.

first day aku telah men'shot' kan duit kaunter sebanyak RM 100.00. apa ni...rasa nak menangis sebab aku tak pegang pun duit. dekat kaunter tu pun aku tak pergi. malam sebelum balik dia orang berbincang bahasa dia orang dan decide setiap seorang kena ganti dengan potong gaji. mesti dia orang ingat aku yang kebas sebab sebelum ni tak pernah pun dia orang shot sebanyak tu. rasa nak berhenti je. blah terus. tapi nanti macam betullah aku yang salah. aku teruskan kerja. lama juga...hingga sambung form 6. pekerja lain bertukar ganti tapi aku masih kekal. sebab apa? sebab aku minat muzik. aku suka kerja dekat situ. aku bantai apa sahaja lagu yang aku minat. rock, pop, r&b, soul, reggae, rap, dan macam-macam lagi. kekadang aku pasang banyak kali...hingga ada customer datang bertanyakan album itu dan membelinya. aku telah mengkompilasikan lagu kesukaan aku yang evergreen(akhirnya kaset itu hilang).

berbalik kepada kerja, sebagaimana teruknya sesuatu kerja itu (akibat pelbagai faktor), kita kena kerja dengan baik, ikhlas dan sukakannya kerana kerja itu yang kita pilih dan memberikan rezeki untuk hidup.