terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, October 26, 2015

masa membunuh

masa terus membunuh segalanya
lambat mengejar tertinggal tiada makna
masih tidak memakai jam
terus menafikan untuk terus ketinggalan

Wednesday, October 07, 2015

polis evo yang bravo

pada satu- satu ketika kita sudah tak dapat menerima perkara- perkara yang sering disogok- sogokkan. pelakon yang selalu sangat ditampilkan di layar. momentum tarikan semakin berkurangan. ini pada aku. aku tak suka yang popular. aku suka suatu perkara yang jarang dijumpai. jarang- jarang berlaku. sangat tidak ditampilkan. tetapi bila muncul da bomb!

polis evo ada itu. bukan dua teraju utama popularnya, tetapi kehadiran antagonisnya. hushairi hussain. kemunculan ayie mula menarik perhatian  dengan karakter jolok dalam bunohan. ayie tak ada selalu. ada beberapa drama di tv terutama berloghat kelantan pasti ada dia.

selepas lakonan ayie, aku baru nak pandang lakonan zizan dan sam. ok mereka popular. mereka sudah mengalami fasa terlalu kerap di layar hingga hilang faktor tarikan. namun sangat bernasib baik mereka dipilih dalam polis evo. filem ini menterbalikkan tanggapan aku kepada zizan dan sam. lakonan zizan terkawal. bersahaja yang terkawal. itu yang seronok. sam memang tak perlu dialog banyak. ekspresi wajah dan gerak badannya cukup beri maksud. itu kekuatan sam.

filem ini punya kombinasi gabungan yang tepat. skrip, pengarahan, teknikal, lakonan. segalanya menjadi. hasilnya box office.
,