terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Tuesday, June 30, 2015

disalah tempatkan

berapa ramainya disalah tempatkan
berapa sedikit yang diharapkan diberi ruang
ruang- ruang yang sementara
keghairahan pudar...ada langsung tiada

manusia perlu duit untuk terus dihabiskan duit itu
bukan untuk terus hidup (dalam keberkatan)
isi rumah ditabur hasil pendapatan kemalasan
peduli apa
hidup perlu di dalam zon 'kesenangan' diri
berpencak bila kurang satu sen
aura yang disalah tempatkan sangat membara
cuba lawan...bertahan...
kau tewas
kau mati !

berapa ramai masih dan akan terus disalah tempatkan
terus dan kekal
manakala kau mati, wahai kawan