terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, December 18, 2008

uWEKKK...Uwekkk

selepas satu kelahiran, 68 tahun kemudian

perbualan seorang cucu dengan datuknya di serambi rumah
cucu : atuk, mak long lahir kat mana?
atuk : kat rumah
cucu : pak ngah?
atuk : kat hospital
cucu : mama ai pulak?
atuk : mama ai lahir dalam kereta
cucu : betul ke? atuk tipulah hik hik hik
atuk : betulll...tak caya pergi tanya nenek
cucu : nenek...hmm nenek pulak lahir kat mana?
atuk : kat rumah jugak
cucu : atuk lak?
atuk : kat lubang tandas
cucu : hik hik hik..atuk ni kelakarlah. ade ke hik hik
eh, eh! nape atuk nangis???









manusia tak habis- habis buang anak

16 comments:

naz ilyn said...

Salam...

ni baru betul salah ibu mengandung...

p/s: selama-lamanya terpahat dan tercalar menjadi titik hitam...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam..

1. a/bila tdk mletakkn agama sbg pedoman hidup, maka akan huru hara & haru biru jadinya..
yg jadi mangsa- anak2 luar nikah- dibuang, dibunuh..& jika dibiarkan lahir & membesar, anak itu akan hadapi masalah lain pula..
(ada murid yg surat beranaknya tercatat- maklumat bapa: tidak diketahui..b/mana perasaan anak itu a/bila besar nanti..?)

2. bdoalah kita- smga Allah memelihara kita & cucu cicit kita dr perkara2 begini..

wslkm.

saat omar said...

:)

aku chi said...

sedih... dapat rasa betapa pedihnya satu kejujuran dari satu dosa yang bukan milik si atuk... :(

Qasih said...

terfikir sejenak.. bila manusia hilang kemanusiaan...

ku tak sempurna said...

olahan cerita yg bagus :D
aku suka...

sedih bila tgk bayi2 dibuang... sangat zalim mereka ini

ryann said...

anak-anak yang terbuang, kalau dewasa nanti apa yang mereka rasa bila tahu sejarah diri. semoga anak-anak ini diberkati dan ibu bapa mereka diberi petunjuk. terima kasih perhatian kalian

Qaseh said...

x sanggup dengar atau lihat anak2 kecil yang baru menjenggah dunia, dia buang tanpa belas kasih...sungguh sedih dan memilukan hati seorag IBU...

en_me said...

tak logik atok ittewww.. 68 tahun dulu maner ader mangkuk tandass.. ekeke, larikkks

miezi said...

sedih+geram bila baca berita pasal kes buang anak nih

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

lahir kat lubang tandas, insya-allah nyawa masih panjang. Kalau lahir dalam lubang tandas... wallahualam...

ryann said...

anak- anak yang dijumpai di tempat yang tak sepatutnya kian membesar. harap mereka membesar tanpa tahu kisah sedih kelahiran mereka


itu pelukisan tahun akan datang le en_me.

tasikmerah said...

alahai....


.

Sri Diah said...

Ryannn;
Alahai... akak dilahirkan di tepi longkang. Sungguh...

Pegawai Khalwat said...

Chis!

ryann said...

sungguh ke kak? tak sempat lahir kat rumah ke