terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Tuesday, December 09, 2008

RuAng maNAkah

dari satu sisi
kulihat kau melawan taufan nafsu yang datang dengan penuh bongkak keegoan

dari sisi bertentang
kulihat kau membiarkan diri dihanyut arus memasuki lautan jarum dan jurang yang mencengkam

dari sudut lain
kulihat kau bermain marak api dengan ghairah ketawa ria jerit gembira

dari sudut berbeza
kulihat kau nikmati dingin air sungai penuh murung pedih duka merana sengsara

dari ruang tengah
kulihat kau hanya diam menyepi membisu mengosong menyerah kalah berserah terarah

namun, dari sisi, sudut atau ruang manakah kau yang sebenarnya

14 comments:

AzmaMurni Aziz said...

wahh.. Qasih suka baca.. sesekali bila ryann menulis.. penuh makna utk difikir-fikirkan...

aku chi said...

dan kau kata aku enigmatic??? hmmmm...

rudy bluehikari said...

ruang ini, ya ruang ini. di sini.

AL-BIMA SAKTI said...

hai..,

biarlah pandangan dari sudut tengah. dapat melihat depan, belakang, tepi dan penjuru dengan jelass.... tak terbias...

ryann said...

qasih - biasa biasa aje. saya sendiri tak daya berfikir. tq

hahahah marah chi...tentang enigmatic tu, sebenarnya aku cuba untuk memaksudkan sukar difahami, lalu membingungkan. itu tanggapan yg terpancar spontan. huhuu

rudy sudah pasti tentang diri


ye..ruang tengah lebih terarah, saudara al-bima sakti.

en_me said...

ammvoii puisi yg penuh makna tewwww..

aku chi said...

bukan marah cuma tertanya-tanya... apakala yang sukar mengatakan sesuatu kesukaran, maka sesukar manakah kesuskaran yang terbit? hmmmm....

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam..
cantik olahan ayat2 itu..
ryann sebenarnya ada bakat mengarang puisi. SYABAS!
(abg akan sntiasa bharap dik ryann dpt trus bkarya.. :) )

BelalangDewa said...

dari sudut atas
kulihat kau mencangkong menahat peritnya nak buang air... hihiii

ryann said...

ye ke en_me. biasa biasa ajerrrr.



aduih..chi. kali ni kau pula buat aku tertanya-tanya. tak terkata. aku ke yang sukar? takpe.. kekallah misteri, chi



sebenarnya bang amal, puisi saya kian tandus puitikanya. terima kasih bang sentiasa mendorong saya ke arah yang baik



alaaa...bang diva kasi potong mood la..hak hak. unsur2 erotik plus ngeri he he

Anonymous said...

multi personaliti.
orang itu bijak berlakon ya.

naz ilyn said...

Salam...

biar dari sudut manapun kau lihat diri ini...
walau dari atas pelangi semuanya adalah sama...

p/s: apa yang tinggal ini adalah satu dimensi...

theblabber said...

kata org, hanya jauhari mengenal manikam.

bagus la ayat ryan.jgn lupa inform sy projek terbaru ye.akan cuba sedaya upaya menghadirkan diri :)

ryann said...

deen - dia pelakon di pentas samar


naz - ya hanya dimensi




miezi - tq. pasti saya akan beritahu