terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, December 26, 2008

kReatiF LAzy sMArt

bergolak dengan disiplin diri, tiba- tiba terimbas dialog dalam sebuah filem hindustan yang pernah aku tonton dulu- love in nepal. lupa bait- bait detilnya tetapi situasi adegannya lebih kurang begini...pelakon utamanya seorang pengarah kreatif di agensi pengiklanan. mempunyai masalah disiplin. kerap datang lambat dan bekerja ikut peraturan sendiri. tetapi dia sering memberi idea dan menghasilkan karya yang mengkagumkan. seorang pekerja bertanya kepada pembantu pengarah kreatif itu kenapa dia masih tidak datang kerja lagi. pembantunya berkata dia bekerja bahagian kreatif maka, tak perlu ikut masa kerja yang ditetapkan. paparan adegan perbualan yang disampaikan secara komikal itu ringkas namun subteksnya berbaur sinis. seolah menggambarkan pekerja bahagian kreatif tidak berdisiplin.

namun ia sebenarnya berkaitan dengan terminologi lazy achiever. istilah ini merujuk kepada bagaimana meminimumkan waktu bekerja dan memaksimumkan hasil. dalam konteks ini, orang yang bekerja dalam bidang kreatif bekerja dalam waktu singkat dan fleksibel tetapi berkualiti. hampir maknanya dengan istilah tipikal yang sering didengar- work smart. menerusi istilah ini juga menerangkan petugas kreatif tidak terikat kerja di pejabat. mereka boleh melaksanakan kerja di mana- mana lokasi dan pada bila- bila masa.

filem ini juga menyelitkan adegan pengarah kreatif itu berjaga semalaman menyiapkan kerja kreatifnya. ilham tidak datang pada waktu sepatutnya dia berada di pejabat (banyak masa diisi dengan bersantai, berbual dan keluar jamming). keesokannya tentulah dia datang lewat lagi malah hampir terlepas sesi pembentangan kertas kerja kreatifnya.

berbalik kepada perihal dia dicop sebagai pekerja yang tidak berdisiplin, haruskah dia dilabel begitu?

*kenal orang yang kreatif dan berdisiplin. mereka mengkagumkan. tapi tidak ramai

13 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam hormat buatmu, dik Ryann..
(Smga Allah plihara hidupmu. Amiin)

1. "bgolak dgn dspln diri.." - ? rasany ramai yg mgalami situasi ini. & beruntung (sbenarny), jk ssorg itu sedar stlh mnilai diriny sbgtu. sbb, kesan muhasabah nti akn mgerakkn dia utk brubah mdisiplinkn diriny. (mtvsi buatny)

jk dmaksudkn 'dspln diri' itu bkaitn 'dspln masa' @ 'masa bkerja', - tentu ada usaha ke arah 'mbaiki & mrubah' demi mhasilkn kualiti krja yg tbaik dlm tmpoh masa yg tbatas. spt katamu & kata org - 'work smart'..

2. abg jg ada kwn yg kreatif (dlm krja seni), tp dspln diriny tk brpa baik ('tuang krja', cthny). sifatny yg pdiam myebabkn ramai yg sukar 'dekat' dgnny. tp, pnah skali dia brsembang, panjang jelanya & tk dsangka pula dia akn 'menerobos sstu isu jauh k dlm'..

utk 'mhukum'/mlabel 'dia dlm crita tu' sbg 'tdk bdspln', dr sudut dspln bkrja, memg itula hakikatny (pndgn abg)..
tp dr sg lain pula, hasil krja kreatifny itu yg spatutny djadikn cth..(mgkin org2 seni tk blh 'dihukum' bgtu..? )

*dulu, ada kwn yg bkrja d sbuah agensi kajaan, di bhgnny (kreatif & rekabntuk) & bhgn majalah, stafny 'dbolehkn' mrokok, brbanding bhgn lain. a/bila dtanya knapa jd mcm tu, dia kata dua bhgn tu kalau 'tak berasap, tk blh buat krja!

(oops, maaf dik ryann, komen abg ni tersasar ke..? :)

naz ilyn said...

salam...

sebenarnya bukan semua manusia di dunia ini diberi daya kreatif... hanya sebilangan saja yang mampu berfikir secara kreatif... dan cara berkerja orang yang menggunakan daya kreatifitinya tidak sama dengan mereka yang bersifat logika... itu bukan bermakna mereka itu malas berkerja... kerna ilham dan idea berkarya tidak ada jadual atau masa... anda setuju.... ??

naz ilyn said...

jom tukar link...

ab geldofg said...

ko cop je kt dahi dia tu

artsoul said...

sy akan link blog ni...:)

miezi said...

ryan..
tidak semua dilahirkan gifted sebegitu. sma analoginya student yg malas, tp tetap skor dalam ssetaip ujian.

displin atau tidak, bukan satu masalah saya rasa. selagi dia boleh "bekerja" dan menghasilkan sesuatu yg bernilai, takde salahnya menjadi "tidak berdisplin", kot?

Sri Diah said...

Assalamualaikum wbt;
Salam tahun baru daripada kami sekeluarga semoga tahun baru ini akan menambah kejayaan, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kita semua. Amin.

ryann said...

turut salam hormat buatmu abang amal. tentang diri adakalanya saya pernah tersasar.
setuju dgn abang. barangkali juga orang seni/kreatif ini perlu diberi kelonggaran. cuma perlu juga hormat dgn peraturan yg ditetapkan.
tentang asap, semasa di kolej dulu setiap kali pulang dr latihan teater, sering saya membawa sekali bau asap yg melekat pd baju. rakan2 sebilik menyangkakan saya yg hisap rokok. entah kenapa saya boleh menerima keadaan dikelilingi asap kerna bagi saya tanpa asap khayalan yg terhasil dari suatu karya sukar ditembus. dengan itu, terkaan orang seni/ kreatif sinonim dgn asap memang hampir


salam naz ilyn. setuju...kerja-kerja berkarya tiada jadualnya. cuma ada deadline. tentang link, saya ok.tq


ab geldofg - tak kejam ke,hehehe



terima kasih saudari berjiwa seni


miezi - kira tak salah le tu ye.



selamat tahun baru kak sri diah. semoga diberkati

en_me said...

salam maal hijrah dari me dikejauhan..

lenny said...

Salam hijrah ryann. Semoga hari-hari mendatang memberikan kemuliaan dalam hidup kita semua.

saat omar said...

..if u want meee satisfy meeee...huhu.

tasikmerah said...

aku ada kawan. masa blajar dulu. kelas malas datang tapi result A.

:)

ryann said...

salam lenny, en me.

saudara saat suka benar lagu ni. hehe


smart kawan tu, tasik merah