terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Saturday, November 29, 2008

kiTA sedang menoNton seorang LAgenDa


...itu kata saudara ce'kem (pelakon hati malaya)
saya macam berperang dalam hati. kotak fikir saya duk mencari apa sebenarnya keistimewaan Cinta Julia ini sehinggakan mata macam tak mahu berkelip dan badan tak mahu berkalih.

dia saya lihat macam gadis, saya lihat macam ibu, macam perempuan seksi, perempuan gagah, teguh, ajaib dan macam-macam. saya membaca dan menampi-nampi.
inilah dosa fauziah nawi. di mana dia peroleh tenaga itu semua? anda yang membaca entri ini, saya cadangkan pergilah menonton, tidak rugi... ketika kita menonton sebenarnya kita sedang menonton seorang lagenda.



menurut saudara ajami ...bagi saya, muslihat ini berjaya mengingatkan pelakon untuk bergerak-pindah ke fasa seterusnya seandainya terlalut atau terlupa. bagus!


telah memukau segenap ruang dan setiap mata yang ada dalam stor teater malam itu.. satu rasa yang menyentuh.. amarah yang menyentak dan rintih yang menghiris.. oleh qasih


saudara amal :
terkandung banyak mesej- sebenarnya - dalam luahan dialog yang disuarakan oleh fauziah nawi dengan begitu tegas jelas, lancar, sayu tapi kemas



...and so I went to see Cinta Julia, and to my own amazement, I had the greatest theatrical experience by far – mostly due to the prowess and performance of the lead actress.

I enjoyed every minute of her powerful and engaging act, and even shed a tear or two – much to the amusement of my daughter-in-law, who was also engrossed in the play..
petikan kiriman puan bibi dalam the star



rentetan kiriman itu, johan jaafar turut terpanggil...beliau mengakui pengalaman itu luar biasa sekali. drama persembahan kumpulan fauziah nawi itu sebenarnya cukup bermakna bagi beliau, juga bagi menantu perempuan beliau. malah di dalam surat yang tersiar dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, beliau mengakui drama itu "membuka minda beliau".


seperti juga pementasan-pementasan stefani yang lain, aku cintakan tata artistiknya. sentuhan sederhana pada cahaya, setting yang memadai, amat memberi rasa hampir dengan penonton...marissa


illa - and most of the part buat aku sedih dan sebak sebb penghayatan dan pembawaan cerita tu betul2 hidup.seolah-olah aku tgk movie yg dilakonkan oleh beberapa pelakon.tabik spring aku kat Fauziah Nawi and her voice not that bad bila dia menyanyi dlm play tu.I never know that she can sing though!


bila Ibu Julia mengajar anaknya ttg kehidupan. seolah aku pun terajar sama. satu jam yang berlalu ( selain buat aku kagum dan melopong melihat ibu fauziah nawi , yang tidak berhenti semangat dan stamina ), benar-benar buat aku puas. aku tinggalkan dewan bahasa & pustaka dengan hadiah yang terlalu bernilai. dalam masa yang sama , kata-kata puisi yang dilagukan terus menemankan aku pulang.....muhammad



lenny :
sepanjang dia beraksi, saya diselubungi gelojak yang aneh-aneh. fikiran saya menerawang melebihi cerita yang dipersembahkan. saya membiarkan mata dan fikiran saya terpegun dan dipaku. saya membiarkan saja, kerana sudah lama saya tak tenggelam begitu ketika menonton...
...dan memang fauziah nawi telah dicop mohorkan untuk menjadi seorang legenda.
terima kasih fauziah nawi, kerana masih "hidup".

10 comments:

Pengejar Masa said...

wow... saya suka ungkapan-ungkapan itu..

daydeck86 said...

mmg mantap lakonan ibu fauziah nawi

ryann said...

pengejar masa - mereka memang penulis yang cantik penulisannya.
saya turut suka

daydeck86...ibu fauziah tentu terharu mendengarkannya

daydeck86 said...

daydeck mmg sker tgk teater dari stefani
menarik skali banyak teater cinta julia nih
banyak maksud tersirat dan tersurat..

ketika malam kulihat mata pada bintang....lalalalalla
ada tak lagu tuh
hehehehehee

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik ryann..
1. maaf- abg tlewat lihat n baca entri ini sbb dua hari di morib tk bpeluang utk online..
2. apa yg dcatatkn itu- sememang benar. abg bkeyakinan, kak fauziah selayaknya bergelar 'lagenda' suatu waktu nanti (n sebetulnya menuju ke arah itu!)
3. abg pnah tgok teater sblm ni, antrny - raja lawak, wira bukit, lorong neraka, sarah dll.
tp mnonton cinta julia, brbeza skali kesan yg mbekas.. psmbhn solo, namun dgn variasi watak yg dibawa kak fauziah, seolah kita melihat 'bukan seorang' yg berada di depan mata.
4. hrp grup stefani dapat mem'dvd'kannya. n abg harap dik ryann dpt 'asingkn' satu utk abg, k..? (abg akn bayar..)
:)

Qasih said...

hai ryann..
walaupun dah 2 kali tonton tapi masih tak puas lagi lihat ibu fauziah menginterpretasikan naskhah dengan begitu indah sekali. dua kali menghadirkan diri.. pulang dengan dua rasa yang berbeza dan yang pasti rasa tu cukup berbaloi..

suara said...

Erm...
payah kak su nak menonton teater sbb hubby tak minat. dgr cerita jelah nampaknya.
Apapun... tahniah untuk fauziah nawi.

rudy bluehikari said...

saya terlepas peluang kerana kesibukan waktu... insyaAllah lain masa disenggangkan Tuhan.

ryann said...

terima kasih qasih, daydeck dan bang amal. datang tonton & nikmati teater ini. tentang dvd tu ada juga yang mencadangkan sebab terdapat beberapa permintaan. dlm perancangan

terima kasih su. takpe next time leh datang. begitu juga rudy.

Ikhares said...

ajami ada ajak untuk menonton cinta julia, tapi kerana sekarang adalah cuti semester, tak dapat lah kami datang...

kalau ada lagi teater seumpama ini di masa hadapan jangan lupa invite kami ,ya?