terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, December 31, 2014

2014 berlalu pergi

ramai akan kata tahun 2014 sangat sukar. penuh pancaroba. pelbagai tragedi menimpa.
pada aku setiap detik itu adalah ujian. juga percaturan. kita mana tahu. tetap tak akan tahu.
lalui plot yang tercipta. terus terang, aku takut.

kerja...2014 memang thrill. kesinambungan 2013. dalam bidang media dan produksi, mana boleh duduk diam kerja dalam zon selesa. perkara yang mengejut itu mengocak kepala. bidang ini bukan untuk robot. ahh,,,kerja apa sekalipun kalau kita mahu jadi robot, robotlah kita.

sementalahan pelbagai isu berlaku, berita menjadi the real news. pembaca menjadi penyampai. sampaikan teks dengan memaksudkan. corak berubah. analitikal. memberi peluang, mematangkan, memanipulasi bakat. pemikiran menzahirkan kecantikan. news anchor beb!
tugas- tugas di galeri, di balik tabir menampakkan aku melihat mereka. bertuahnya di tempat aku bekerja miliki mereka. ada passion. keinginan. pedulikan penat. ini kepuasan. boleh dilihat siapa yang seronok melakukan sesuatu di luar zon selesa.

sebagai pengemudi haluan, aku banyak perlu perhati serentak lakukan peranan dengan masa bergerak pantas. ia melibatkan urgency. terminologi yang ramai juga yang tidak faham konsep penggunaannya. tuntutan urgency ini hendak disulamkan dengan ketenangan dan relax adalah payah. konteks ketenangannya lain. masa sesaat malah satu frame itu memberi perbezaan yang jelas kalau terlepas pandang apa- apa sahaja. gila!
tapi itu yang thrill. dan aku suka.
memang gila!!

terlibat dengan sesuatu yang di luar ketetapan yang dijadualkan adalah senaman bagi aku. peluh halimunan terhasil beri katarsis untuk peningkatan minda dan kreativiti. memang adakala penat mengundang. aku tak risau penat fizikal sebab aku sedar ketahanan fizikal masih terdaya tetapi apabila tiba penat minda menjengah memang aku hampir- hampir goyah. pada aku fokus itu penting. aku sering bernasib baik dalam menanganinya. kerja aku perlukan fokus.

2014 dengan pelbagai peristiwa menjengah. utamanya yang tragis. media saluran berperanan. 

the great news anchors
the great news anchors








   

Tuesday, November 18, 2014

prinsip

ada beberapa perkara untuk aku tulis dan nyatakan. tetapi sukar untuk aku suarakan.
bertitik tolak pada prinsip dan kerahsiaan.
aku tak tahu apa prinsip aku
tak dapat jelaskan terang- terangan
tapi aku sangat pasti
ia ada !
ada dengan sendiri
sudah lama hidup disulam dengan perangai sedia ada campur ego
itulah prinsip terhasil
ada orang salute
ada orang bebulu
nak semua suka, susahlah nak hidup
nak jaga hati tak terbuat sendiri



Friday, November 07, 2014

seksa selamba

ada buat kerja dengan selamba
ada buat kerja yang sama dengan seksa
bukan hadapi masalah dengan kerja
tapi orang yang membuat kerja selamba seksa itu

Monday, October 27, 2014

dari full house, growing pains ke fear factor

masa anak- anak dulu aku tonton sitkom full house (fuhh...rambut remos john stamos)  dan growing pains (pehh...senyum cute kirk cameron). family ties ingat- ingat lupa kisahnya. aku pernah tertanya- tanya kenapa michael j fox tak besar- besar. aku keliru anak- anak zaman itu.

sambil layan cerita berepisodik itu tercetus di fikiran, mengapa ibu bapa tak didik anak- anak guna pendekatan seperti ibu bapa dalam cerita sitkom gunakan itu. buat anak macam kawan. ada kelembutan menerangkan sesuatu perkara. juga ada ketegasan. dan paling yang tak best kena hukum tak boleh tengok tv atau tak boleh keluar rumah seminggu kalau buat kesalahan. paling kejam tak dibenarkan pergi prom night.

mereka tak guna pendekatan rotan pun. apatah lagi cubit, piat telinga atau hala api suratkhabar (yang dibakar) ke mulut kalau cakap yang bukan- bukan (termencarut ke apa?) hingga aku lari masuk bilik mandi. eh, aku kena macam tu ke? bukan aku, adik beradik aku yang lain rasanya. eh!

aku rasa bukan aku seorang sahaja yang fikir macam tu (kerajaan awal lagi sudah fikir - sejak tahun enam puluhan lagi). selepas itu beberapa tahun masa zaman aku masuk u, subjek psikologi dan kursus kaunseling secara khusus diperkenalkan dan mula menjadi pilihan. um dulu lagi sudah perkenalkan kursus ini tetapi dalam program diploma pendidikan pada tahun 70an. masa aku masuk um, pada hujung 90an, sarjana muda kaunseling dikira pioneer. sebelum itu, di sekolah awal- awal lagi sudah ada cikgu kaunseling. di jabatan personel sudah diperkenalkan jawatan kaunselor dan unit kaunseling.

transisi gen x ke gen y, corak pendidikan dan pendekatan mengajar anak- anak mula berubah. konflik peralihan berlaku. pendekatan lempang, rotan, piat memiat seakan taboo. itu keluar ayat. "mak bapak aku pun tak pernah pukul aku" 'dulu cikgu lempang, balik rumah kena lempang kali kedua dengan bapak, sekarang kalau cikgu lempang, mak bapak akan serang'.
golongan pendidik benar- benar berdepan dengan cabaran kini.

tahun 2000an, aku penggemar rancangan fear factor. pernah aku tonton satu episod yang setiap pasangan terdiri dari ahli keluarga. ada pasangan ibu dan anak lelaki. apabila menyertai task yang mereka menang, mereka sangat gembira dan mesra seperti kawan. tetapi ada satu task yang mereka perlu bawa kereta lalu bawah trak panjang, sekali tersasar dan gagal. spontannya anak lelaki itu marah dan mengeluarkan kata- kata kesat kepada emaknya hingga buatkan emaknya terkejut dan ketakutan.
dan aku juga masih terkesan... itu didikan cara full house dan growing pains kah? 

sitkom unggul

dinihari semalam sebelum katup mata sementara untuk tujuh jam, waktu melayari internet aku terbaca makalah tentang penerbitan sitkom pi mai pi mai tang tu. aku teringat semasa belajar dulu aku pernah buat tugasan tentang perkembangan sitkom di malaysia. pi mai pi mai tang tu memang juara dan unggul. sitkom paling lama disiarkan. teater yang berjaya 'ditelevisyenkan' rakaman langsung dengan gelak penonton. teater sedap tengok secara berdepan. apabila ditvkan rasa teaterikalnya hilang. tetapi pengarahnya pandai menjaga shot dan audio untuk sesuai ditvkan.

banyak perkara aku suka tentang sitkom ini. satu hal yang menarik adalah kombinasi hebat pelakon- pelakonnya. kalau dulu, malaysia ada macam anugerah emmy mesti sitkom ini menang untuk kategori outstanding cast ensemble.
nama watak paling epik - where is my golok (wan ismail golok). nama watak pun subteks. kelas pencipta wataknya.

banyak nak aku ceritakan tentang sitkom ini tetapi aku akan sedih mengenangkan assignment yang aku buat tiada salinannya. banyak info yang aku dapat tetapi hilang begitu sahaja bersama hilangnya salinan diserang virus. 


Saturday, October 18, 2014

kira kiraan

elok juga aku bersikap tidak begitu peduli tentang beberapa perkara. berlakunya situasi yang berkonsepkan ketidak adilan atas dasar dibiarkan sahaja. lumrah yang aku pasti berada di mana- mana. pada akhirnya manusia kena dan lalui hidup dengan sikap dan pembawaan sendiri. jenis mengelat, benarlah mengelat kau itu. berdisiplin, maka berdisiplinlah kita. hujungnya, orang menilai dan mencop kita. orang itu bagaimana, dia begitu, begini. dia boleh pakai, boleh harap, dia hampeh, hampas. dia hidup untuk membazir wang yang dibayar. dia hidup untuk habiskan gaji yang diterima. ada orang macam itu. sampai begitu sekali.

aku tahu aku. aku risau kalau aku sudah mula berkira- kira.  itu bukan aku dan aku tak pernah terfikir akannya pun. adakala untuk sedikit berkeras. maka, vokallah aku. tetapi aku tak memaksudkannya sebab aku tidak begitu peduli. nasib baik aku tidak membiar sekeliling mempengaruhi apa aku. kalau tidak, lama dulu aku sudah tidak bertahan.

persepsi berbahaya sebenarnya. walau kalau orang sebut nama, aku boleh beri gambaran dengan satu perkataan. begitu sekali dalam pada tidak peduli. aku menyedari sekeliling dan biarkan ia bermain dengan ketidak adilan. aku tidak boleh salahkan sistem. banyak hal yang direka sistem menghasilkan ketidak pedulian.   

  

Sunday, August 24, 2014

pelik

ada beberapa kebanggaan tapi aku tak punya rasa untuk bangga.
aku pelik...aku.

Tuesday, July 29, 2014

raya dan rasa

selagi hidup, selagi itu kita dapat lalui ramadan dan syawal. rai ria, hiba, kosong rasa. musibah melanda manakan mungkin cuba gembira.

melepasi pertengahan tahun 2014, malaysia terus berterusan dikejutkan dengan tragedi. bukan sahaja di malaysia, apa berlaku (sepanjang hidup rakyat palestin) di gaza begitu menggeramkan.

kita...empati tinggi. satu negara sama rasa.

aku...tak boleh cuba gembira.

oh ya, tahun ni aku kerja pada minggu raya. lari- lari sikit  'beraya'. rutin setiap tahun keluargaku pulang ke kampung. rumah arwah atuk nenek, setahun sekali meriah. aku tak dapat bayangkan sekiranya masa terus berlalu dengan generasi cucu-cicit ganti bergelar atuk nenek, rumah kampung kami ini entah punya warga atau tidak.

raya beberapa tahun lalu, rutin juga selepas tiga empat hari beraya ke rumah sanak saudara pelosok negeri sembilan dan melaka, konvoi 3, 4 kereta akan ke bandar melaka. jalan- jalan.
dalam perjalanan menelusuri kawasan rumah bapa saudaraku (suami makcik). rumah yang sudah menjadi kawasan lapang. setelah ibu bapa pakcik tiada, rumah dan tanah dijual. aku menangkap sekilas wajah pakcik ketika pakcik memandang kawasan rumah lamanya. pandangan beberapa saat itu sangat mendalam betapa memaksudkan rasa sentimental nostalgia lama menerjah. sentimental diulit sedih.

bagi aku definisi kampung adalah berada di sesuatu tempat yang penuh nostalgia bersama- sama keluarga. paling penting rasa nostalgia yang kuat kepada ibu dan bapa kita.
setiap kali balik kampung lalu kawasan ladang getah, mak akan tunjuk inilah ladang nenek. dulu nenek jalan kaki je turun naik bukit pergi menoreh. lalu di landasan kereta api, mak akan kata dulu pergi sekolah jalan ikut tepi landasan berbatu- batu.
ketika lalu tepi pondok hentian bas, terkenang dekat situlah nenek selalu tunggu temankan sesiapa di antara keluarga nak balik kl naik bas.   

sebelum arwah atuk meninggal dulu, atuk pernah hilang. puas keluarga mencari. rupa- rupanya atuk balik ke kampung tempat atuk membesar.

barangkali bagi orang lain, tempat mereka tak kira di mana asalkan berada bersama- sama keluarga. itu sudah cukup. iya, itu benar tetapi bagi aku, aku perlukan tempat yang membangkitkan nostalgia kepada seluruh ahli keluarga. perasaannya lain. walau berada di kl, suasana dan perasaannya tidak sama. 

sebenarnya gerakan masa merisaukan aku. meluputkan sedikit demi sedikit kenangan. apa akan jadi pada rumah ini.

lukisan rumah arwah atuk & nenek. dilukis oleh makcik





      

Thursday, July 10, 2014

tarikan ragu

tarikan itu ada tetapi sayang
adegan senyap agak lama
cukuplah yang lain menjaga hati
loratku kekal
tak seronok apa berkawan dengan penjaga hati
kau senyum ragu akan ketelusan

Friday, July 04, 2014

buku bertimPa

buku buku itu saling bertimpa untuk diselak
dipandang perkataan- perkataannya
buku buku itu hanya setakat dibelek
disusun atur bertimpa- timpa
berkurang warna kulitnya dikaburi halus habuk yang mula menebal
anak lipas mati terpenyek
mengejek aku yang sering menyalahkan masa
yang takku cari untuk melihat setiap aksara

buku- buku itu menawarkan aku
melihat kehidupan lain melangkaui rutin di depan mata
berimaginasi realiti mereka
cuba merasa rasa mereka
seakan jadi
jadinya mereka
buku- buku makin tua di luar
kekal muda dan segar di dalam tulisan
harap tulisannya tidak pudar

Thursday, July 03, 2014

mahalkan keRamahan

siapa yang tak suka orang yang ramah. boleh memecahkan buntu kesenyapan. tapi ramah berlebih, semua dicerita. yang tak patut pun dikhabarkan. eksklusif sudah tak ada. bukan eksklusif subjek cerita itu. tapi eksklusif diri. ramah jangan dimurahkan.

Friday, June 13, 2014

kekok

menggauli urusan orang besar- besar ini membuat aku gusar
mengawal gaya dan tingkah
selesakah kalau kekok
aku juga yang nak persembahkan ini
aku pilih selesa aku
yang nak dipersembahkan ini kena daripada aku
sendiri

Monday, May 12, 2014

terhakis

ahh berapa sahaja tontonanku tahun ini
motivasiku kurang
boleh diagak
boleh diteka
keterujaan terhakis
tarikan memualkan
tipikal sogokan
memaksa suka
sengsara

tahunya saLah sangka

bahaya
selama ini
hela nafasnya
selari dengan salah sangka
tahunya sesuatu yang tidak betul
bahaya dan
kesian
yang disalah duga itu

Saturday, May 10, 2014

pengertian takkan tetap

aku
kena
cukup
mengerti
hidup itu
sementara

Friday, May 02, 2014

orang

orang pelbagai
ada orang tu beruntung
bertuah
ada orang malang asyik menimpa
merintih hidup yang sengsara
siapa nak buangkan kesenangan, dekati kesusahan
ahh...keluhkan kehidupan

orang bervariasi perangai
disukai tidak digemari
kelemahan menjengkelkan
keburukan ditolak
kemurnian menyenangkan
penerimaan terbuka
ada yang pandang buruk
ada yang lebihkan kebaikan
ahh..apa susah jadi orang
kau suka, dia tak suka
mereka kejap suka kejap menyampah
ahh...seronok apa jadi orang
adakah yang tidak?

Saturday, April 05, 2014

mengejar kebodohAn

saban hari sepatutnya kita mendekati ilmu. isi pemikiran.
tetapi tak mustahil ada yang menghampiri perkara yang membebalkan.
kerja mencari kebodohan. nampak jelas tapi tak sedar.
cari bodoh orang lain.
sebab dengan kelemahan orang lain itulah nampak bijak konon dirinya.
pandai itu ada sebab ada orang bodohkah?
semua orang ada bodoh pandainya.
bezanya, orang pandai itu bijak menyorok bodohnya bukan mencari bodoh.
isi pemikiran yang dangkal.

Tuesday, March 25, 2014

bukan malaysia sahaja bersedih

tiada kata menggambarkan hiba
tiada rasa lain menyaingi sebak di jiwa
bukan...bukan malaysia sahaja yang bersedih
kehilangan, misteri bertukar tragedi sangat sukar ditulis
239 di dalam mh 370
huruf ini...nombor ini...
terlalu sukar dikikis
al fatihah


Thursday, March 20, 2014

misteri sesaaT lagi

kita mana tahu pesawat mh 370 akan hilang. kita sendiri pun tak tahu di mana ianya sekarang. pagi itu off day, lepas bangun aku terkejut melihatkan hampir semua saluran tv ada breaking news. baca internet. insiden besar ini. automatik aku faham kerjaku akan lebih. grand stand setiap sesi. tidak mengapa. sudah biasa apabila dalam satu tempoh ada projek baru lebih difokuskan tetapi sekelip mata keutamaan berubah. ini peristiwa besar. gusar, sedih, bingung. bercampur-baur rasa. yang pasti aku tiada hati untuk berhibur. perasaan keluarga 239 kuat impaknya untuk semua.

13 hari berlalu, operasi mencari terus- menerus. berita lain seakan sisi. pada tahap ini kepenatan tidak dihiraukan bagi semua yang terlibat. usaha, doa dan harapan.

di tempat kerjaku bahagian media, mengalami fasa- fasa pelbagai. breaking news bukan untuk mengejar yang tercepat. fakta kena sahih. ini pegangan pihak media. fakta dan sumber. jangan kerana mengejar kesegeraan, semua itu terabai.  

kita tak tahu tentang esok. kita tak tahu apa jadi sekejap lagi. dalam kehidupan ada kejutan. kita bermain- main dengan misteri dan persediaan. aku akui, selalunya aku tak bersedia.

Tuesday, February 18, 2014

kelegaan sEmentara

hari ini aku mendapat sedikit kelegaan. uhh...bukan mahu melepaskan tanggungjawab tapi aku patut pegang tugas selayaknya aku. kadang- kadang aku fikir kerja dengan mesin lagi mudah. kalau rosak boleh ketuk. kalau dengan orang, kena berdepan dengan respons dan reaksi. takut.

ini bukan tentang takut. tetapi kesan yang wujud apabila bekerja tanpa persefahaman. konon atas dasar profesional, arghh aku rasa itu semua tipu. atas dasar profesional itu melahirkan kerja tak ada jiwa.

aku belajar berlakon tapi aku tak pandai berlakon. tunjuk sahaja emosi yang sebenar. cuba kawal yang buruk atas dasar sedar diri dan kerana miliki rasional akal. kau seimbangkan rasional dan emosi, memang kau berjaya tetapi itulah yang seimbang itulah yang susah.
lucunya yang tak tahu apa itu lakon, sangat berbakat. kelihatan sebenar betul lakonannya. tak nampak dibuat- buat. selambanya aku memerhati dan ketawa dalam hati. uihh...ini semua menyeronokkan apa.

tanggungjawab. arghh...aku kesian pada orang yang dipanggil bos. bayangkan umur makin meningkat, peranan makin banyak, fikiran bertalu- talu diperlukan, diasak- asak dengan tekanan. berdepan dengan perangai menjengkelkan, sakit tak henti- henti menyerang. ia bukan tentang duit atau pangkat. aku rasa cukup untuk aku fahami. memang patut mereka gembira bila ada tukang kipas tatkala kepanasan. ia menyejukkan tekanan membara. aku mengerti.

aku tak boleh leka dengan kelegaan. yang berat bakal kulalui. kelegaan itu sementara. itu realiti. sementara adalah tanggapan aku tentang hidup.