hari ini aku mendapat sedikit kelegaan. uhh...bukan mahu melepaskan tanggungjawab tapi aku patut pegang tugas selayaknya aku. kadang- kadang aku fikir kerja dengan mesin lagi mudah. kalau rosak boleh ketuk. kalau dengan orang, kena berdepan dengan respons dan reaksi. takut.
ini bukan tentang takut. tetapi kesan yang wujud apabila bekerja tanpa persefahaman. konon atas dasar profesional, arghh aku rasa itu semua tipu. atas dasar profesional itu melahirkan kerja tak ada jiwa.
aku belajar berlakon tapi aku tak pandai berlakon. tunjuk sahaja emosi yang sebenar. cuba kawal yang buruk atas dasar sedar diri dan kerana miliki rasional akal. kau seimbangkan rasional dan emosi, memang kau berjaya tetapi itulah yang seimbang itulah yang susah.
lucunya yang tak tahu apa itu lakon, sangat berbakat. kelihatan sebenar betul lakonannya. tak nampak dibuat- buat. selambanya aku memerhati dan ketawa dalam hati. uihh...ini semua menyeronokkan apa.
tanggungjawab. arghh...aku kesian pada orang yang dipanggil bos. bayangkan umur makin meningkat, peranan makin banyak, fikiran bertalu- talu diperlukan, diasak- asak dengan tekanan. berdepan dengan perangai menjengkelkan, sakit tak henti- henti menyerang. ia bukan tentang duit atau pangkat. aku rasa cukup untuk aku fahami. memang patut mereka gembira bila ada tukang kipas tatkala kepanasan. ia menyejukkan tekanan membara. aku mengerti.
aku tak boleh leka dengan kelegaan. yang berat bakal kulalui. kelegaan itu sementara. itu realiti. sementara adalah tanggapan aku tentang hidup.
No comments:
Post a Comment