melepasi pertengahan tahun 2014, malaysia terus berterusan dikejutkan dengan tragedi. bukan sahaja di malaysia, apa berlaku (sepanjang hidup rakyat palestin) di gaza begitu menggeramkan.
kita...empati tinggi. satu negara sama rasa.
aku...tak boleh cuba gembira.
oh ya, tahun ni aku kerja pada minggu raya. lari- lari sikit 'beraya'. rutin setiap tahun keluargaku pulang ke kampung. rumah arwah atuk nenek, setahun sekali meriah. aku tak dapat bayangkan sekiranya masa terus berlalu dengan generasi cucu-cicit ganti bergelar atuk nenek, rumah kampung kami ini entah punya warga atau tidak.
raya beberapa tahun lalu, rutin juga selepas tiga empat hari beraya ke rumah sanak saudara pelosok negeri sembilan dan melaka, konvoi 3, 4 kereta akan ke bandar melaka. jalan- jalan.
dalam perjalanan menelusuri kawasan rumah bapa saudaraku (suami makcik). rumah yang sudah menjadi kawasan lapang. setelah ibu bapa pakcik tiada, rumah dan tanah dijual. aku menangkap sekilas wajah pakcik ketika pakcik memandang kawasan rumah lamanya. pandangan beberapa saat itu sangat mendalam betapa memaksudkan rasa sentimental nostalgia lama menerjah. sentimental diulit sedih.
bagi aku definisi kampung adalah berada di sesuatu tempat yang penuh nostalgia bersama- sama keluarga. paling penting rasa nostalgia yang kuat kepada ibu dan bapa kita.
setiap kali balik kampung lalu kawasan ladang getah, mak akan tunjuk inilah ladang nenek. dulu nenek jalan kaki je turun naik bukit pergi menoreh. lalu di landasan kereta api, mak akan kata dulu pergi sekolah jalan ikut tepi landasan berbatu- batu.
ketika lalu tepi pondok hentian bas, terkenang dekat situlah nenek selalu tunggu temankan sesiapa di antara keluarga nak balik kl naik bas.
sebelum arwah atuk meninggal dulu, atuk pernah hilang. puas keluarga mencari. rupa- rupanya atuk balik ke kampung tempat atuk membesar.
barangkali bagi orang lain, tempat mereka tak kira di mana asalkan berada bersama- sama keluarga. itu sudah cukup. iya, itu benar tetapi bagi aku, aku perlukan tempat yang membangkitkan nostalgia kepada seluruh ahli keluarga. perasaannya lain. walau berada di kl, suasana dan perasaannya tidak sama.
sebenarnya gerakan masa merisaukan aku. meluputkan sedikit demi sedikit kenangan. apa akan jadi pada rumah ini.
lukisan rumah arwah atuk & nenek. dilukis oleh makcik |
No comments:
Post a Comment