masa anak- anak dulu aku tonton sitkom full house (fuhh...rambut remos john stamos) dan growing pains (pehh...senyum cute kirk cameron). family ties ingat- ingat lupa kisahnya. aku pernah tertanya- tanya kenapa michael j fox tak besar- besar. aku keliru anak- anak zaman itu.
sambil layan cerita berepisodik itu tercetus di fikiran, mengapa ibu bapa tak didik anak- anak guna pendekatan seperti ibu bapa dalam cerita sitkom gunakan itu. buat anak macam kawan. ada kelembutan menerangkan sesuatu perkara. juga ada ketegasan. dan paling yang tak best kena hukum tak boleh tengok tv atau tak boleh keluar rumah seminggu kalau buat kesalahan. paling kejam tak dibenarkan pergi prom night.
mereka tak guna pendekatan rotan pun. apatah lagi cubit, piat telinga atau hala api suratkhabar (yang dibakar) ke mulut kalau cakap yang bukan- bukan (termencarut ke apa?) hingga aku lari masuk bilik mandi. eh, aku kena macam tu ke? bukan aku, adik beradik aku yang lain rasanya. eh!
aku rasa bukan aku seorang sahaja yang fikir macam tu (kerajaan awal lagi sudah fikir - sejak tahun enam puluhan lagi). selepas itu beberapa tahun masa zaman aku masuk u, subjek psikologi dan kursus kaunseling secara khusus diperkenalkan dan mula menjadi pilihan. um dulu lagi sudah perkenalkan kursus ini tetapi dalam program diploma pendidikan pada tahun 70an. masa aku masuk um, pada hujung 90an, sarjana muda kaunseling dikira pioneer. sebelum itu, di sekolah awal- awal lagi sudah ada cikgu kaunseling. di jabatan personel sudah diperkenalkan jawatan kaunselor dan unit kaunseling.
transisi gen x ke gen y, corak pendidikan dan pendekatan mengajar anak- anak mula berubah. konflik peralihan berlaku. pendekatan lempang, rotan, piat memiat seakan taboo. itu keluar ayat. "mak bapak aku pun tak pernah pukul aku" 'dulu cikgu lempang, balik rumah kena lempang kali kedua dengan bapak, sekarang kalau cikgu lempang, mak bapak akan serang'.
golongan pendidik benar- benar berdepan dengan cabaran kini.
tahun 2000an, aku penggemar rancangan fear factor. pernah aku tonton satu episod yang setiap pasangan terdiri dari ahli keluarga. ada pasangan ibu dan anak lelaki. apabila menyertai task yang mereka menang, mereka sangat gembira dan mesra seperti kawan. tetapi ada satu task yang mereka perlu bawa kereta lalu bawah trak panjang, sekali tersasar dan gagal. spontannya anak lelaki itu marah dan mengeluarkan kata- kata kesat kepada emaknya hingga buatkan emaknya terkejut dan ketakutan.
dan aku juga masih terkesan... itu didikan cara full house dan growing pains kah?
No comments:
Post a Comment