elok juga aku bersikap tidak begitu peduli tentang beberapa perkara. berlakunya situasi yang berkonsepkan ketidak adilan atas dasar dibiarkan sahaja. lumrah yang aku pasti berada di mana- mana. pada akhirnya manusia kena dan lalui hidup dengan sikap dan pembawaan sendiri. jenis mengelat, benarlah mengelat kau itu. berdisiplin, maka berdisiplinlah kita. hujungnya, orang menilai dan mencop kita. orang itu bagaimana, dia begitu, begini. dia boleh pakai, boleh harap, dia hampeh, hampas. dia hidup untuk membazir wang yang dibayar. dia hidup untuk habiskan gaji yang diterima. ada orang macam itu. sampai begitu sekali.
aku tahu aku. aku risau kalau aku sudah mula berkira- kira. itu bukan aku dan aku tak pernah terfikir akannya pun. adakala untuk sedikit berkeras. maka, vokallah aku. tetapi aku tak memaksudkannya sebab aku tidak begitu peduli. nasib baik aku tidak membiar sekeliling mempengaruhi apa aku. kalau tidak, lama dulu aku sudah tidak bertahan.
persepsi berbahaya sebenarnya. walau kalau orang sebut nama, aku boleh beri gambaran dengan satu perkataan. begitu sekali dalam pada tidak peduli. aku menyedari sekeliling dan biarkan ia bermain dengan ketidak adilan. aku tidak boleh salahkan sistem. banyak hal yang direka sistem menghasilkan ketidak pedulian.
No comments:
Post a Comment