apa ada pada sentuhan nyata kalau masih kaku tak berjiwa mengapa dipertikai logika kalau asik bermimpi bersangka lepas... lepaskan dirimu kerna kelak kau lemas dalam nyata tak terjelas
tak mungkin kau bisa dilepaskan biar pun di saat kau hampir dibebaskan kerana yang merantaimu adalah kenangan kerana yang menguncimu adalah anganan dan jika pun satu hari nanti kau bisa dilepaskan itu cuma petanda satu kedewasaan bukan petanda satu kewarasan!
memangnya selama ini kau hanya berangan saja? ketika minda sukar mentafsir sesungguhnya kau dah pun memberi definasi untuk semua itu cuma tak mahu mengakuinya barangkali.. semuanya di dalam kepala, mungkin juga kita semua berada dalam tidur yang panjang dengan mimpi yang berkait. lebih selesa begitu. bila bangun masih ada sisa senyuman dari mimpi yang indah. tersenyumlah bukan semuanya pedih bukan...
11 comments:
masih sedang cuba memahami... :D
insyaallah, nanti terlepas lah tu :D
Salam...
apa ada pada sentuhan nyata
kalau masih kaku tak berjiwa
mengapa dipertikai logika
kalau asik bermimpi bersangka
lepas... lepaskan dirimu
kerna kelak kau lemas
dalam nyata tak terjelas
Salam hormat buatmu dik ryann..
1. hmm.."SEketika mindaKU sukar mentafsir"..
dlm situasi begitu, sememang perlu 'dilepaskan' diri dari sesuatu yg tak pasti..
jika berhajatkan sesuatu, ayuh usahakan ia sehingga berjaya!
2. apapun hasrat yg ingin dik ryann sampaikan dlm bait itu, smga ianya dapat 'disentuh dlm nyata'..
:)
lepaskan!!!
ek eleh..lawan je lah.
huhu.
ryann. ada something di blog saya.
try terjah!
tak mungkin kau bisa dilepaskan
biar pun di saat kau hampir dibebaskan
kerana yang merantaimu adalah kenangan
kerana yang menguncimu adalah
anganan
dan jika pun satu hari nanti kau bisa dilepaskan
itu cuma petanda satu kedewasaan
bukan petanda satu kewarasan!
cakap sajer, 'cinta tak semestinyer bersatu..'.. gittewww
"perlu sentuhan yang nyata?"
memangnya selama ini kau hanya berangan saja? ketika minda sukar mentafsir sesungguhnya kau dah pun memberi definasi untuk semua itu cuma tak mahu mengakuinya barangkali.. semuanya di dalam kepala, mungkin juga kita semua berada dalam tidur yang panjang dengan mimpi yang berkait. lebih selesa begitu. bila bangun masih ada sisa senyuman dari mimpi yang indah. tersenyumlah bukan semuanya pedih bukan...
waduh..bermadah nampak
Sungguh puitis.
dalam proses 'pelepasan'
tq kts
naz ilyn - nice quotes
terima kasih bang amal. saya dlm proses dan memang perlu kuat
deen - dah terjah dah. menarik
syahril - rantai dan kunci itu terlalu utuh
en_me- mana tauuuu huhu
chi - hmmm
framestone - tercipta tiba-tiba pula
tq saudara azam
hmmmm jugak...
Post a Comment