terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, November 14, 2008

daTangnYa aURa...pESona

tadi petang berlangsungnya sidang media untuk teater cinta julia - persembahan solo ibu (dan tinajunya). dengan mengambil beberapa fragmen daripada naskhah penuh, ibu beraksi. selepas habis sesi bersama wartawan ketika berehat ibu tanya padaku tentang persembahannya. aku sengih je (seperti biasa). ibu kata 'nampak' aku risau. eh, ibu boleh 'perasan' saya kat depan, kata aku pada ibu. ibu 'nampak'...jawab ibu.

ketika berlakon aku berdiri kat depan pentas. betapa ibu boleh 'rasa' aku sambil beraksi, dalam pada ada penonton lain. kagum betul. walau aku jawab dengan sengih, apa yang ibu teka tu memang betul. aku akui risau tapi kali ni aku betul- betul dapat rasa soul dari ibu. pesonanya yang aku tunggu-tunggu beberapa hari ini. aku sengaja tak habis baca karya ini dan mendalaminya sebab aku nak rasa cerita ini semasa latihan. aku 'dapat' atau tak. rasa seronok sangat aku dapat masa persembahan tadi dan malam ni aku akan 'baca' naskhah abang moel ni. walau persembahan sebahagian sahaja tadi, aku optimis.

persembahan monolog memang mencabar. pelakon yang suka mencabar dirinya pasti berani sahut cabaran untuk tampil dengan monolog. satu jam beraksi seorang diri, sememangnya kekuatan terletak kepada lakonan. keupayaan menghafal skrip yang panjang, perlukan stamina yang tinggi dan yang paling penting cabaran untuk mengekalkan perhatian penonton. maka akan datanglah pesona. aura. pesona fauziah nawi dalam cinta julia. bukan di tv tapi secara berdepan. jom saksikan !

tempahan tiket sila hubungi :
farah 012 6170697
chi 0122429621
mokhtar 017 6797151
boleh layari blog stefani, fauziah nawi atau blog mr. producer

16 comments:

Sheeta dari Laputa said...

Ryann...

Saya memang menunggu peluang untuk menonton aksi Ibu Fauziah Nawi ini.

Monolag adalah payah.

Sejam? Pheww... Benar-benar harus bepergian menonton ni...

en_me said...

anak bangsawan.. me respek..

btw, kat teater stor dbp.. kannns

@LiYaNNuaR ツ said...

sya suka beliau...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik ryann..

mlalui catatanmu, sememang ada tarikan utk pi nontonnya..

jk tiada aral insya-Allah, abg akan dtg.. (hrp dik qasih pun dpt hadir, n blh ketemu kalian.. :) )

wslkm.

AzmaMurni Aziz said...

ryann..
tak sabar tunggu harinya.. harap Qasih ada ruang untuk merasai pesona ibu fauziah kali ni..

malam 7 drama 7 duri.. tak puas lihat ibu fauziah. kali ni monolog.. memang rugi tak pegi,kan..

ryann said...

marissa...kelapangan datanglah. persembahan lebih kurang sejam.

ya en_me. persembahan di stor teater. lebih dekat dgn audiens.

@liyannuar - terima kasih bagi pihak ibu fauziah

bang amal - tarikannya mungkin berbeza mengikut penerimaan. saya optimis. datanglah.

qasih - selamat menonton. terima kasih sentiasa hadir persembahan stefani. qasih terlebih hantar, saya delete takpe yang 2 tu ye...sama. hehehe. c ya

Anonymous said...

isk kalo dok kl ni mesti aku pegi punyalah ^-^

Anonymous said...

saya datang. suka ibu

rony

ryann said...

turun kl lah na. hehehe...


tq rony...datang tau. nak book tiket pun boleh. ada 2 hari hampir penuh ditempah

Sri Diah said...

Sejam bermonolog? Fuyooo, takat ini belum ada yang boleh tandingi bakat ibu fauziah, akak memang anggap dia seniwati terbaik. tak semua boleh jadi macam dia... masa 7 mlm 7 duri dulu pun kawan2 akak tak habis2 puji ibu. tahniah.

ryann said...

kalau ibu fauziah dengar mesti terharu ni kak sri diah. tapi memang ada ke pelakon sebayanya yang versatil masa kini. monolog solo adalah di antara impian ibu. harap dapat direalisasikan dengan jayanya. jemput dtg kak. terima kasih kpd kawan kak yg tonton 7 drama lalu. ajak le tonton kali ni

AzmaMurni Aziz said...

hai ryann..
seronok rasanya malam ni dapat tengok fauziah nawi beraksi. Insyaallah.. kalau ada kelapangan Qasih akan pergi lagi.. tak puas rasanya melihat pesona dan aura ibu fauziah.. satu rasa yang menyentuh.. amarah yang menyentak dan rintih yang menghiris..

Anonymous said...

kalau baru abes stpm kira masih student eh?
mahal la nak bayar RM30..
tgk wayang 3 movie bleh tgk..~
duh

Anonymous said...

Aku dah pegi, memang bestle lakonan ibu Fauzah Nawi. Tak puas menonton sekali, lambat benar gaji keluar bulanni. Dalam Malaysia ni dua orang pelakon saja yang terror buat monolog, sorang lagi Khalid Sallih.

:: Wiween :: said...

mmg berbakat ibu fauziah nawi nih kan kak yan..dlu masa zmn dia muda, dia seorang juruhebah radio kan kak?

ryann said...

datang le lagi qasih hehehe. tq hadir ya dan buat entri.

alaa...deen kan masih belajar dan muda. kira pelajar ler tu.

best ye matsom. tq. rindu pula nak tonton aksi wak khalid.

memang ween...ibu fauziah dulu jadi dj radio rtm. juga jadi pengacara. boleh menyanyi, menari dan tentunya berlakon. multi tu