terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, October 23, 2008

kUrangkan KeSAkitan

seminggu lalu abangku terlibat dalam kemalangan. kemalangan motor. waktu kerja abang tidak mengguna kereta. untuk elak kesesakan. masa tu aku baru masuk kerja shift petang. dapat panggilan telefon daripada kakak ipar. aku fikir panggilan biasa biasa sahaja. tetapi tidak. sesuatu yang aku paling takut adalah mendapat panggilan mengkhabarkan berita buruk terutama yang membabitkan ahli keluarga. kakak ipar baru tiba di hospital dan masih tidak tahu khabar abang. rasa tak tenteram. aku minta boss carikan pengganti tugas aku. aku terus ke hospital dan beritahu berita tu kepada mak dan abah.

teruk juga kecederaan abang walau tiada yang patah. luka teruk di bahagian muka hingga berjahit di mulut. gigi depan patah. mata masuk serpihan kaca spek mata yang pecah. darah dari luar dan dalam mulut tak henti- henti hampir tertelan darah sendiri. cedera teruk di tangan dan kaki. bahu retak. aku tengok abang yang berlumuran darah dengan baju serta seluarnya koyak. ketika aku sampai di hospital abang masih tak dirawat dengan sempurna. doktor baru nak jahit luka. abang menggigil sakit dan kedengaran raungan pedih. aku tak tahan tengok kesakitan abang. ayah mertua abang marah sebab sudah hampir 4 jam, abang masih tak dirawat dengan sempurna dan terbiar lama. lalu, buat keputusan pindahkan abang ke hospital ampang puteri. elok juga mak dan abah tak sampai hospital lagi. kalau tak tentu terkejut tengok keadaan abang. abang terjatuh motor kerana cuba elak kereta yang memakan jalannya secara tiba- tiba. terima kasih kepada orang yang menjumpai abang di tepi jalan dan menelefon ambulans.

abang... abang memang selayaknya sebagai abang. bertanggung jawab dan ambil berat. selalunya abang yang tolong uruskan kalau ada apa- apa yang berlaku. semasa perginya arwah mak teh dan pak ngah, abang banyak main peranan membantu semua urusan. abang selalu tolong aku walau aku kurang ambil kisah. tetapi inilah pertama kali abang terlibat dalam kesusahan. maka, aku kena lebih berperanan sebagai adik. nasib baik keluarga kakak ipar dan sepupu banyak membantu. uruskan motor dan beberapa hal lagi. anak- anak abang masih kecil dan kakak ipar ke kerja selalunya abang yang hantar. sementara abang sembuh, rutin harian kena berubah.

sudah seminggu tetapi hampir setiap malam aku masih teringat keadaan abang pertama kali aku lihat. kesakitan yang dialami. gigilnya menahan sakit. berair mata dengan raungan pedih tak tertahan.
aku berdoa semoga Tuhan kurangkan kesakitan abang.
kurangkan kepedihan lukanya.
kurangkan bisa kecederaannya.
kurangkan kesakitan sesiapa sahaja yang luka.
aku trauma
...yang membabitkan kemalangan ... kemalangan motor.

16 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam simpati buatmu (sklrga)..
1. Aduhai..SIMPATI- thadap apa yg tlh mnimpa abg dik ryann itu. Smga ksihatnnya smakin baik. Didoakn.
2. Abg jg SIMPATI- thadap kesanny k atas dik ryann. Trauma..kesan mdlm & bpanjangn, krna dik ryann myaksikn sdiri keadaan abg dik ryann ktka itu.
Brusahalh utk TDK MGENANGKNNY lg. Brusahalh utk TDK MLAYAN IMBAUAN yg mganggu. Bayangn yg mganggu itu akn mbuatkn dik ryann akn trus "trauma"..(dikhuatiri ksihatnmu pula yg blh tjejas..). Sebalikny, marilh kita bmohon khadrat Ilahi, agar kita tdk mengalami kjadian spt itu..

3. Hanya DOA - smga Allah memelihara keselamatn kita; memelihara keslamatn diri & pjalann kita. amiin.

en_me said...

sedihnyerrr kannns.. me pong gi keje nek skuter gakks.. ngerii sehh

Anonymous said...

hi ryann..

Any fact facing us is not as important as our attitude toward it, for that determines our success or failure. The way you think about a fact may defeat you before you ever do anything about it. You are overcome by the fact because you think you are.
(by Norman Vincent Peale)

ryann said...

terima kasih bang amal. melihat keadaan abang saya teringatkan kemalangan lalu...trauma lalu.


hati-hati naik skuter en_me. mesti ok nya. harap sentiasa selamat


hai am - lama tak dengar cerita. tq sentiasa segar dengan kata-kata membina

Sheeta dari Laputa said...

Sedihnye.. Kalaupun sakit dah hilang, trauma kemalangan akan pasti ada sampai bila-bila.

Didoakan abang Ryann kan cepat sembuh.

ryann said...

terima kasih marissa. abang saya masih sakit kesan retakan bahu. semalam tiba tiba badannya tak boleh bergerak. sakit dalam agaknya.

Anonymous said...

So sorry to hear that Ryann. Saya doakan abang Ryann cepatlah sembuh. :-(

ryann said...

tq lenny

tun teja said...

kakyannnnnnnnnnnnnnnn.
semoga abg kakyan dah sembuhhhhh.

aiyark.. lama sungguh tak masuk sini. kakyan sihat tak? tun rindu la nk bersosial dgn kakyan di blog.
pasni kita bersosial balik di sini yek,.

ryann said...

hai tun...tq .
kak ok jer. tu ler...lama tak dengar cerita. tun busy tu camne nak sosial

suara said...

adehhh..deh... deh... sakitnya!!... huhu
Kak su baca pun dah seriau, tak tengok lagi... berkerut-kerur muka kak su bila baca kisah abg ryann ni...

Moga dia cepat sembuh...

Unknown said...

Macam2 kalau dah accident..
takut jugak sbenarnye..
huhu..hope dia ok la..semoga cepat sembuh..

ryann said...

tq suara dan raz. luka di luar kian sembuh tapi masih sakit dalam. bahu dan dada. hari tu abang saya kena masuk hospital semula sebab tiba tiba seluruh badan tak boleh bergerak. panik kami sekeluarga

:: Wiween :: said...

alahai..siannya abg kak yan..nasib baik x ade yg patah mcm ween dulu..ween dulu 2x eksiden motor. tp x serik2 jugak..moga abg kak yan lekas sembuh. InsyaAllah :)

@LiYaNNuaR ツ said...

ngerinya bila cerita pasal eksiden nih... apa pun... moga cepat sembuh.. cool, ok...

ryann said...

tq ween...liyan