terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Tuesday, October 07, 2008

bercuTi akHirnya

tatkala orang lain baru lepas habis cuti raya dan mula bertugas, aku pula baru dapat bercuti setelah hampir 2 minggu kerja siang dan malam ( malam ke siang ). baru tadi dapat jumpa mak dan abah. lambat sikit salam- salam raya dan mohon kemaafan (make it fast sebab tak syok le sesi salam-salam tanpa ada adik beradik yang lain). aku penyegan sikit - konon.

aku tak balik kampung sebab semuanya dah kembali ke kuala lumpur. mak dan abah pun dah ada di kl. tapi aku tak sempat jumpa adik beradik yang lain. yang bongsu terus ke uitm. abang dan adik balik ke rumah mereka. minggu depan kot baru boleh jumpa. tetapi aku teringin nak pulang ke kampung. ke rumah arwah atuk dan nenek yang tentu sudah kembali kosong. aku suka berada di kampung yang siangnya sangat panas dan malamnya sejuk teramat. kawasan kampung yang berbukit-bukau dan masih tidak dicemari ( kemodenan ) memang mengasyikkan.

mungkin aku balik juga untuk beraya ke rumah maklong dan pak tam. tak pasti lagi. yang pasti aku kena tukar tayar kereta dulu sebab bunganya sudah haus. beberapa hari sebelum raya hari tu aku terpaksa berhentikan kereta di tepi highway. radiator bocor. temperature naik mendadak. kering air. nasib baik dekat dengan kawasan rumah abang. abang tolong uruskan kereta aku. tapi abang pesan suruh tukar satu tayar tu sebab dia tak sempat nak hantar ke kedai tayar ( sebenarnya aku yang tak sesabar nak guna kereta ). aku janji lepas raya. lagipun aku tak pergi mana pun. ulang alik ke tempat kerja sahaja.

habis bercuti ni aku akan mulakan tugas dengan status baru. aku tak perlu bekerja double (trouble) lagi. banyak sikit waktu senggang. boleh luangkan masa untuk keluarga, teater dan dia. apa khabar dia..?

11 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik Ryann..
1. Alhamdulillah, dpt jg bcuti, ya..?
Harap dimanfaatkn spenuhny waktu cuti ni. Rehatkn diri, minda dll. Masa utk mrayakn 'kmenangn', meskipun tlewat dr org lain.. :)
2. Hikmah d sbalik krosakn kereta - kena baiki apa yg patut, n insya-
Allah, pjalananmu lbh baik. Didoakn.
3. Smga cuti ni mberi bnyak ruang utk dik Ryann mcapai apa yg dihasratkn itu. & tentu skali, ada waktu utk "si dia". [Abg am doakn smga Allah rahmat & berkahi kalian. amiin]
(^_^)
Wslkm.

ryann said...

terima kasih doakan untuk saya. lewat cuti ni seronok juga. boleh normalise kan semua semula. tq bang amal

lenny said...

selamat bercuti ryann. Lambat sikit beraya takpe. Masih dlm Syawal lagi. Take care ..

rudy bluehikari said...

Alhamdulillah, dpt juga bekerja normal waktunya. sudah tentu akan cergas semula dgn teater? hahahaha! semestinya.

antu kecik-casper kiut said...

sisssss ryannnnn... mana duit rayaaaaaaa? nak duit rayaaaaaaaa... huhuhuhuuuu....

suara said...

A'ah, kan. Apa khabar si dia agaknya? ;)

wild orchid said...

forget about ur car. let's cycle! For peace n for abundance of money in your pocket!

ryann said...

terima kasih lenny. boleh relax sikit.

rudy - normal tapi masih dalam shift. teater ni memang menerbitkan ketagihan kan. harap dapat bekerjasama.

antu datang ler rumah baru kasi. ni rumah maya, tak leh kira.

wahh...suara. seolah kita pernah berbicara tentang si dia bersama. serkap jarang ke.hehe. dia dah lama tidak ku beri waktu. masih sanggup menunggu

sis wild - memang selamba idea ni. terfikir juga

yonna bebot =) said...

did ur bro getting better?
sorry to hear that..

ryann said...

dah ok sikit

Mr Final said...

Smoga abg kamu lekas sembuh.. begitu juga... kamu.. agar cpt sembuh...