terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Saturday, September 27, 2008

shoppiNg tapi TAk raYa

hari tu dapat off satu hari sempat beli pakaian di east india. beratus habis. inilah pertama kali aku beli busana raya (selalunya tempah) dan agak mahal pula tu. aku tak merancang untuk beli apa- apa sebelum tu, tapi aku kalau sudah berkenan terus sahaja sambar.

ironinya syawal kali ini aku tidak bercuti (shopping sakan konon). aku kena bertugas kerana giliran bekerja. aku akan berumah di ofis. cuma 3 orang yang bertugas di unit aku. masing- masing layan 2 atau 3 shift sepanjang 2 minggu ni. aku tak pasti larat atau tak. nampaknya kena makan vitamin berocca ni, dan juga lebihkan hundred plus. aku tak kisah kerja berlebih masa cuma takut kualiti kerja menurun. harap boleh bertahan. keluarga aku balik kampung. kiranya tak dapat beraya bersama mereka. keluarga tidak sempurna sebab abang dan adik beraya bersama keluarga mentua masing- masing. dicampur tiadanya aku, adik bongsulah yang menemani mak dan abah bersama kaum keluarga yang lain.

kepada semua rakan-rakan, tentunya aku ada berbuat salah. mohon maaf seikhlasnya dan selamat menyambut hari lebaran penuh mulia. semoga bergembira di sisi keluarga dan sanak saudara.



*daripada azza & izie...juga Qasih, terima kasih

10 comments:

:: Wiween :: said...

cmt ari raye kak yan! *hugs*

alaa cian dia kena keje taim raye. :(

en_me said...

assalamualaikum tuan rumah,

mengisi pulut ke dlm buluh, buat lemang juga ketupat, menyusun jari nan sepuluh, maafkan me wahai sahabat..

selamat hariraya maaf zahir batin dari en_me

ryann said...

kesiankan kat akak kan ween. selamat hari raya. maaf zahir batin.

waalaikumusalam en_me. selamat hari raya juga dari saya dan maaf untuk segala kiranya ada

Pyanhabib said...

selamat hari raya aidilfitri

Mr Final said...

Happy Ari Raye.. maap zhr btn

ryann said...

kepada saudara pyan habib dan mr. final - selamat menyambut aidilfitri dengan ria penuh kesyukuran. terima kasih

Sri Diah said...

Salam Aidilfitri untuk Ryann. Akak pulak mujur dapat off, jika tidak harus juga beraya di opis. Anyway, walau di mana berada ingatanlah yang paling berharga. Semoga ceria sentiasa, tanpa mengira hari apa, walau di situasi apa kita...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam..
mskipun tlh mjangkau smggu lebaran, rasanya dik ryann msh baru nk beraya..? ya la, org dok braya, dik plak bkerja.. "simpati"- itu yg mampu diungkapkn.. tp tuntutn tugas mlebihi sgalany, kan?
apapun, SLMT MRAYAKN LEBARAN, smga kbahagiaan tetap dik ryann kecapi..
wslkm.

Anonymous said...

sis ryannnn...

camat ari raya... nak duit raya.. nak duit raya.. leh aaaaa.. nak jugakkk... nak jugakkkk... kalau tak kasi antu kecik mogok tak nak datang sini lagiii... huhuhuuuu...

ryann said...

salam lebaran buat kak sri diah dan bang amal. juga untuk antu kecik yang tak habis habis paksa kasi duit raya...ado. ugut lak tuh