terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Sunday, September 14, 2008

bErsama STEFani

dapat mesej...semestinya mesej berantai ke geng stefani lain. ajakan berbuka puasa di ofis stefani. dan semestinya aku tidak dapat hadir lagi (seperti selalu). aku masuk shift petang sampai dua pagi dan tiba- tiba kena lanjut pula sampai 8 pagi. lama tak jumpa geng teater ni. nak jumpa ibu, abang mokh dan tentunya nak tahu khabar abang moel. terukkan aku tak dapat lawat abang moel masa kena serangan jantung hari tu. dapat datang hanya masa hari akhir abang moel di hospital.

abang moel kena heart attack tu semasa stefani adakan kenduri sempena hadirnya ramadan. 29 Ogos - hari pembentangan bajet. aku bertugas seharian. kena kerja pada masa puncak pada malam tu pula. petang tu abang moel ada call, bertanyakan aku datang atau tak majlis kenduri - semestinya aku tak dapat datang (lagi) kerana bertugas. habis kerja, sms ibu - bertanyakan kenduri, bagaimana? ibu beritahu abang moel kena heart attack. terkejut aku. tak percaya abang moel boleh kena. selepas malam tu, aku cuba nak curi- curi masa nak lari ke hospital tapi tak sempat.

abang moel (iryanda mulia ramly) - penulis skrip, pengarah muzik dan acting coach kami di sanggar teater fauziah nawi (stefani), di antara teraju utama stefani yang aku kagumi. keikhlasan dan kejujurannya dalam berkarya amat aku rasai. harap abang moel sihat. alhamdulillah - semasa jumpa di hospital, abang moel dah ok. tapi terikat kena makan ubat setiap hari.

berbalik cerita berbuka puasa tu, aku datang gak tapi pergi awal sebelum masuk kerja. singgah di ofis stefani tak sampai sejam kerana aku perlu lari ke ofis satu lagi untuk melaksanakan kerja. ohh kerja !


*nantikan monolog solo ibu fauziah nawi november nanti

4 comments:

Anonymous said...

a'aaahhh laa... sis ryann memang teruk.. orang cakit kena lawat aaaa... orang kasi makan kena pegi aaaa... dapat makan freee... hihihihhhiii...

lama tak kacau sis ryann.. windu aaaaa... banje antu kecik bukak pose le tak? leh aaaaa... hihihihii.. i lap u sis ryann..

- antu kecik casper kiut-

ryann said...

terukkan..oh, suka terukkan orang ye. mana pergi? lama tak sakat

suara said...

Salam ryann...
Moga abg moel dianugerahi kesihatan yang lebih baik.
Ryann pun kena jaga kesihatan gak, jgn keje teruk sangat tau...

ryann said...

terima kasih su. kena kerja hardcore sampai lepas raya ni. memang kena jaga kesihatan nih. kalau sakit...abiss