terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Tuesday, July 15, 2008

musiM teaTER

teater ni seolah bermusim. selepas p.ramlee the musical, tok perak, bukan de javu, raja bersiong, kini pula berlangsungnya kl fringe festival dan festival teater malaysia. kemeriahan yang membanggakan ini buat aku sedikit terkilan kerana terpaksa melepaskan beberapa persembahan. khalayak teater - barangkali penuh jadual tontonan mereka bulan ini. mungkin ada juga yang kena buat pilihan. tentu ada yang terpaksa dilepaskan kerana ada persembahan yang bertindih harinya (dan memilih persembahan bertiket atau tidak).

dalam pada aku merindukan masa, sempat juga menonton teater tengku kudin sempena festival teater malaysia di mtc. seronok juga dapat tonton persembahan grup pelakon (pertubuhan pentas lakon um). rindu pula saat- saat 10 tahun lalu. bang kudin dan ramzi, 10 tahun lalu mereka beraksi di pentas yang sama dengan teater baju emas sang maharaja. ramzi sebagai pengarah ketika itu. bang kudin menang best actor. itulah penglibatan pertama aku di sebalik tabir dalam pekan teater (sekarang dipanggil festival teater).

pelakon sebelum itu telah berkubur dihidupkan kembali oleh ramzi dan rahmat. aku menjadi setiausaha. banyak jugalah cabaran untuk menggerakkannya. kemudian ada balkis, bang kudin (rosdeen suboh), azlim, dot (dorothy jonathan linggang), boyak (herizal), syahrul fitri, aida, hisham, anne, roslan dan ramai lagi membantu menaikkan pelakon. di antara teater kami di pekan teater iaitu baju emas sang maharaja, wau bulan, kursi, dan obsesi. kini kebanyakan mereka menjadi pegawai kebudayaan, pensyarah dan pro. aku seorang yang tercampak di bidang penyiaran dan kini seolah tertarik kembali.

10 comments:

Anonymous said...

ryann.. pergilah ke mana sekalipun, larilah sejauhmana sekalipun dan buatlah apa saja.. jiwa seni takkan pudar... takkan hilang. cuma kadangkala kita yang terleka kerana memenuhi tuntutan kehidupan.

sekali bergelar anak seni.. biarpun hanya di belakang tabir.. sampai masanya akan kembali ke 'pentas' semula.

Kaktiny said...

ryann.. hidupkan kembali teater agar sama naiknya dengan org menonton wayang..

update lah teater terbaru yer..

insyaallah teater fauziah nawi tu kaktiny bawak mak ayah pegi tengok..

:: Wiween :: said...

yg pasti..ween mmg windu dgn dunia teater la kak yan..:(

SaifulBashrie said...

wahhh kakyan byknya teater neh...sy blum penah lagi g tgk mana2 teater...dulu pun sekali kat U..itupun sebab dia senior sebelah bilik. g support je..hehe

ryann said...

seni itu...tarikannya sangat kuat, kasih.

kak tiny,
untuk membentuk apresiasi seni teater di kalangan khalayak agak sukar kerana yang memahami dan menyertainya yg tahu. kalau yang pertama kali tonton, menonton teater yang menangkap tentu akan menonton lagi. tetapi kalau yang pertama itu agak enigma, mungkin terakhirlah tontonnya. namun, suka semangat kaktiny. tq ye sokong.

ween...jom ujibakat dengan stefani...boleh berksi balik. chewah ! anak didik bung kancil tuh.

bash...jom le tonton mana- mana teater. tonton secara live...soulnya lain

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

adik akak minat teater tapi x mau bagi tiket kat akak, asyik bawak bf dia aje

tun teja said...

kakyan
bz sgt ker nih
tun bg email pun x reply.

ryann said...

tun...kak ada sesekali.sis crazy beauty-boleh paksa adik bawa pula kali ni.tak rugi dia paksa. he he

Pegawai Khalwat said...

bro.

teater ni macam ganja.

Sekali hang terjoin dan enjoy, sampai mati hang teringat.

Emmmm.... bole pakai ka analogi aku tu?

ryann said...

bukan bro ler...sis,
memang teater ni membuat kita ketagih. ok le analogi tu