terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Sunday, July 27, 2008

7 malam lagi 7 drama berDuRi

7 malam lagi, malam- malamku di stor teater. ada kawan bertanya tak bosan ke menghadap persembahan yang sama. aku mendepani mereka sudah sebulan lebih. walau dialog dan gaya yang sama tetapi setiap hari aku mendapat sesuatu yang lain. tenaga dan mood mereka sentiasa berbeza. 4 persembahan (termasuk 2 sesi pratonton) berlangsung dengan baik. harap para pelakon dapat mengekal atau menambahkan daya mereka.

di pintu masuk panggung, stefani ada menjual cd lagu teater opera ayu cendana dan cd single terbaru bertajuk tika - tinaju. lagu dari teater perjalanan bu aminah diberi nafas baru oleh wan yuzaini yahya - vokalis kami yang merdu membuai suaranya.

7 comments:

Anonymous said...

salam ryann,

semalam Qasih memberi peluang pada diri untuk merasai 7 duri yang dipersembahkan oleh stefani. syabas dan tahniah dari Qasih walaupun bukan semuanya dapat dirasakan durinya namun yang berduri tetap tajam menikam.

Anonymous said...

dah tengok. boleh tahan

tun teja said...

kakyannnnnnn.. huhuhuhu.. sombongla kakyan nih

ryann said...

tq qasih & rony kerana menonton.

mana de sombong tun..he he

Anonymous said...

tahniah stefani. teater ni best. ada beli cd tu. ok juga. lagu teater dulu tu takde jual ke. teater KL tu. lagu-lagu dalam teater tu sangat sedap didengar.

zubin said...

baguslah blog ni ada mcm2, aku tak reti nak buat mcm2. orang tua biasalah, aku ni kurang teknologi!

ryann said...

saya pun belajar dari orang tua gak, dr zul. takde apalah blog ni. banyak lagi blog yang canggih. yang penting kandungannya.

tq idi. tentang lagu dalam klku tu memang ada beberapa permintaan pun sebelum ini. kena tunggu kot