terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Saturday, June 14, 2008

seakan haMKa



agak lama aku berhenti membaca karya-karya fiksyen, tetapi ayat ayat cinta membuka kembali penerimaan mindaku dan menyegarkan semula ruang imaginasiku. aku beli novel berunsur romantis islamik ini pada bulan oktober 2006. waktu itu baru dipasarkan di malaysia dan aku tidak terfikir fenomena yang akan dibawa oleh novel sulung habiburrahman el shirazy ini.

terbaca ulasan novel ini, aku tidaklah tertarik dengan kepopularan dan pengiktirafan novel ini di indonesia. tetapi penyataan bahawa novel ini seakan karya-karya hamka menjadikan keinginan untuk memilikinya membuak- buak. masakan aku boleh melupakan kesan aura novel masterpiece hamka - tenggelamnya kapal van der wijck dan di bawah lindungan kaabah.

kisah cinta dengan pendekatan bercorak islamik yang dipaparkan oleh dua novelis inilah menyamakan mereka dan disebabkan faktor itu ibarat magnet memaksa aku.

"hati saya gerimis usai membacanya"

mengambil kata hamizar ridwan-sasterawan dari indonesia ini, samalah rasa yang terlukis di hati aku.

sebelum menonton versi filem, ku cuba tidak membaca semula buku itu supaya aku mahu menonton sesuatu yang aku tidak tahu kisahnya. aku cuba juga tidak mahu tahu apa-apa tentang di sebalik pembikinan filem ini. aku seolah menipu menontonnya dengan pengetahuan yang kosong. konon dengan minda yang segar.

diakui mencabar untuk mengadaptasi novel ke filem. apatah lagi seperti karya seunggul ayat ayat cinta ini. tidak dapat elak, tentunya perbandingan akan disentuh oleh pembaca (juga penonton) karya ini. mencabar kreativiti(dan kredibiliti) pengarah mengolah karya ke medium filem.

dengan paparan latar legarnya di mesir, filem ini berkisar fahri, pemuda indonesia yang melanjut pelajaran di universiti al-azhar, kaherah. tatacara dan perilaku fahri yang tertib dan terjaga, menawan hati empat gadis. perkahwinan yang direncanakan dengan aisha (gadis berada keturunan jerman-turki) mengecewakan 3 yang lain hingga fahri terjebak dalam fitnah dengan tuduhan memperkosa yang memenjarakan dirinya. hanya seorang saksi yang boleh menyelamatkannya dari hukuman - maria, tetangga fahri penganut kristian koptik yang turut mendambakan fahri (sekadar dalam diari). tetapi maria sedang sengsara kesan pendam cinta yang obses. lalu demi menyelamatkan suaminya (dan juga maria), aisha mencadangkan sekaligus mengizinkan fahri menikahi maria. dengan statement maria di mahkamah yang menjelaskan kebenaran akhirnya membebaskan fahri. namun, maria cuma sembuh seketika. pemergiannya menjadi denouement filem ini.

adaptasi sutradaranya, hanong bramantyo membawa beberapa perubahan dari naskhah asal. namun masih berpegang dengan nada asal ceritanya. kesan hasil yang dikonstruk, aku terima perubahan pada tambahan 'kehidupan' watak maria. mengikut novel, maria koma selepas adegan di mahkamah. kontrasnya dalam filem, diperlihatkan situasi maria sempat menjalani kehidupan suami isteri dan bermadu. barangkali rasional dramatik pengarahnya untuk memenuhi harapan 'fairy tales' penonton. aku terima kelainan ini.

walau sengaja mengosongkan minda, mana boleh aku lari dari jangkauan atau ekspektasi terhadap karya hebat ini. kurang terasa 'mesir'nya. itulah perkara pertama yang tercetus di mindaku ketika menonton filem ini. di dalam naskhah terlalu hidup pelukisan suasana di mesir. hingga terkhayal visual kehidupan di sana. aku faham kesulitan produksi dan kekecewaan sutradaranya sendiri kerana tidak mendapat lokasi yang setepat di dalam novel. sememangnya sebagai seorang yang mendalami novel dulu, aku akui sedikit tidak puas tetapi dalam konteks sinematik dan upaya artistik, aku menghargai filem ini kerana punya usaha untuk me'mesir'kan indonesia dan india(lokasi penggambaran). walau jiwa mesirnya kurang kerana lebih berbaur indonesia.

mengadili filem ini, aku memusatkan pada rasa untuk menikmati karya seni. filem ini punya keindahannya. sutradaranya berjaya memberikan unsur dramatik yang sederhana tapi berkesan. ia tetap berjaya menyentuh dan meruntun hati serta memberi kelainan berbanding filem cinta yang murah. paparan perhubungan dan cinta dalam konteks islam sangat halus, suci dan indah.

barangkali filem ini berjaya dan berjiwa kerana hasil estetika novel itu sendiri hingga membawa magisnya ke filem.
untungnya hanong, aura novel ayat ayat cinta melekat kepada filem lantas menyelamatkannya. terima kasih hamka kecil.

23 comments:

tun teja said...

kakyan.. cite ni ada kat youtube tau. tapi sebab dia pakai bahasa indon. tun tak tgk abis.. sbb tak berapa paham. tapi ramai ckp cite nih best.

best sgt ke? nanti tun tgk.

ryann said...

kak pun tengok kat internet. wayang kat malaysia rasa baru nak main. novel best. filemnya kalau shoot betul2 kat mesir mesti best. cinta islamik...orait ler tu

tun teja said...

hehe.. kakak ni skrg sungguh romantis la..

tun nk tgk cite sepi ti... harap sempat la nanti.

SaifulBashrie said...

crita indo ek...nanti akan ku cari neh..
new reader here...salam kenal ye kak..

Anonymous said...

yann..aku pun tak sabar tengok movie ni. cepatnya kau tengok. kalau tak bole tonton sama.

mana kau dapat lagu ni...gila meruntun jiwa aku dengar. lagu sapa hah!

ryann said...

tun...alaa...ngeri ler romantis jiwang ni. akak...jauh sekali.

tak salah sepi akan release 26 jun ni. sempat kot tun tengok bila balik m'sia.


hai bash. meh bersalam dan berkenal-kenal.
movie ni ok rasanya. feel good


dd...??

tak sabar nak tengok tu tonton dulu. he he.
ni lagu melly , denting. meruntun ye...jgn luluh sudah.
dd yg mana ni?? he he he

tun teja said...

ehemm kakyannnnnn/

ryann said...

tun...kak kerja tadi

tun teja said...

tak on gmail ke kak?

ryann said...

on ke tak, tak ke on, on tak ke, ke tak on, tak tau on oh tun

tun teja said...

kakyaaaaaaan.
isk dia ni keje ke kat umahh..
owwh kakyan.. dimanakah dikau?
hakhakhak... smlm laptop cari pasal
tu yg trus offline tu.

ryann said...

kak ada nih. kerja ler tun. bersiaran kejap tadi.

tun teja said...

ni dh bis siaran lum?

ryann said...

kejap je da abis, kejap ada lagi, kejap bersiaran dalam mimpi, ...ha ha

Kaktiny said...

salam..

ayat2 cinta.. saya ada buku dia.. tapi tak baca lagi.. tak bukak pembalut pun lagi.. org hadiahkan.. tapi tertinggal kat kampung.. aduhai..

ada member ajak gi tgk wayang citer nih.. best ke?..

ryann said...

versi wayang...ok. tengok dulu baru baca pun ok kot, saudari tiny

Anonymous said...

bez ker citer nie??
x berpeluang nk g tgk pun..

ryann said...

kat wayang baru tayang lah dik raz. kak ni cam promote pulak. filem ni orait le, cinta tatacara islamika

Danisha said...

Dah tengok posternya.....

tapi belum tengok novelnya....
Tapikan macam unikla kan....skali pandang posternya macam ala-ala citer arab gitu....

en_me said...

hmm, dah lamer me tak tengok filem indon ..

ryann said...

hai danisha - memang filem ni sepatutnya macam berbaur arab sikit. tapi jiwanya indonesia. baru best

ryann said...

me...lama tak 'jumpa'. filem indonesia ni agak lain sikit. kisah cinta yang lain. tidak superficial

Anonymous said...

aku geram bila ada orang sedut masuk movie ni kat youtube..perampok tol!!!!

aku penonton ayat2 cinta yang tak pernah jadi pembaca dan pengikut setia habiburrahman..

bagi aku filem ini mmg mantap!!
tapi kekurangan ke"mesir"an tuh mmg ketara, tapi mesejnya nya jelas dan sinematografinya jad pelinung kekurangan tuh,

tak perlu rasanya orang membandingkan novel dengan filemnya, sbb mmg berbeza,
tapi oleh kerana filem ii diadaptasi dari novel,
so tak bleh lari la cari fenomena "perbandingan"