Monday, June 02, 2008
merasai oNCe
tekad untuk menunggunya keluar panggung, akhirnya nantiku benar. tahu sahaja once akan ditayangkan di international screens gsc, aku terus tonton dalam pada ramai memperkatakan tentang blockbuster narnia dan ironman.
terima kasih jimi kerana ‘memberitahu’ cerita ini (sejak akhir tahun sudah) yang membuatkan aku ketagihan lagu if you want me dan tentunya falling slowly (memenangi oscar for best original song) tanpa menontonnya terlebih dulu. once filem indie Ireland yang telah memenangi banyak anugerah antarabangsa ini merupakan cebisan autobiografi pengarahnya sendiri, john carney.
filem ini ringkas dan berskala kecil. dengan hari penggambaran yang pendek berlatar lokasi sekitar grafton street dan st. stephen’s green di kota dublin, ia memberi rasa tersendiri.
simple but great!
lebih baik menghasilkan filem yang ringkas tapi meninggalkan impak yang besar dari menghasilkan filem yang sarat tapi beri kesan yang kosong.
namun, aku bukan tertarik dengan ringkasnya cerita ini. aku sukakan kejujuran yang ada pada filem ini. rasa yang sama terbit sebagaimana aku menonton filem spinning gasing dan karya- karya yasmin.
lagu-lagu yang seiring menggerakkan cerita begitu indah. menggetar rasa. terasa sentuhan emosi penciptanya, yang juga peneraju watak - glen hansard dan marketa irglova
filem bercorak muzikal ini berkisar tentang guy dan girl (oh filem ini hanya ada watak tapi tiada nama) yang bertemu di jalanan, pantas menjadi akrab, berkongsi rasa dan idea menerusi lagu.
seni merapatkan sesama insan, seni menciptakan kemesraan, seni mencernakan persefahaman walau tanpa mengungkap kata. seni juga menjurus terdetiknya pelbagai rasa termasuklah cinta. kerana menyanjungi seni itulah yang mengalirkan ikatan kimia antara guy dan girl walau baru berjumpa di jalanan ketika guy melagukan ciptaannya dengan penuh emosi.
rutin seharian, guy membantu bapanya membaiki alat pembersih hampagas di samping busking di pinggir jalan untuk menambah pendapatan (dan untuk melepaskan perasaan ditinggal kekasih). girl, gadis imigran dari czech menjual bunga juga di jalanan. keduanya punya persamaan meminati dan berbakat dalam muzik. guy dengan gitar kapoknya yang hampir kopak, girl dengan kebolehan bermain pianonya (sekadar menumpang bermain di kedai muzik). kagum dengan bakat guy, girl membantu buat pinjaman untuk menyewa studio menghasilkan album demo bagi merealisasikan impian guy menjadi penyanyi di kota london.
perhubungan mereka sangat menarik. bersahaja, jujur, hormat dan ikhlas. seakan terbit cinta tapi tertahan. mereka ditakdirkan berada di tempat yang sepatutnya tetapi pada masa yang salah. pengakhirannya, setelah album siap, guy ke kota london dan girl bersama suaminya semula. guy menghadiahkan piano kepada girl. hubungan diakhiri tanpa sempat berkata apa. filem ini bertanya ; how often do you find the right person?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
waaa cam besh jek kak yan cite ni.dia rakam kat kota dublin?? mari sama2 lihat ade x muke tun tersesat dlm cite ni.kekekekek
P/s : tun, jgn mare.... :P
ada...tengah makan aiskrim. tapi dari sudut pandangan belakang. he he he
ish..citer love love nie..
aiyak... hehehehe...
takmao tgk..nanti nanges...:(
ayat ryann yg last tuh yg mahal..
hai ryann... citer ni memang best. cuma di awalnya meminta sedikit kesabaran. tapi kalau sekadar menontonnya untuk mengisi masa lapang atau kerana.. cuma itu saja pilihan yang ada.. maaflah! cerita ni bukan untuk golngan-golongan seperti itu.
jujurnya kasih suka cerita ni. memang best terutama lagunya yang benar-benar menyentuh jiwa. tapi lain org lain pendpt kan.
apapn kalau ada yang ingin mencuba mencari kelainan dalam terjemahan 'cinta', rasanya inilah cerita yang sesuai tapi jgnlah pula mengharapkn ending fairy tales(melangkah keluar dengan senyum lebar).
tapi kasih amat setuju dgn ryann.. once menjanjikan kepuasan menontonnya(kepuasan jiwa dengan alunan lagu yang cukup membuai rasa).
Ade sape2 nak temankan sahrul tgk cite nie nanti?hehe
heartless - filem ini tidaklah sangat cinta. berkisar biasa biasa ajer. takkan nangis punya. takkan sempat.
wahh...kasih pun tengok once. filem ini khalayaknya tertentu barangkali.
apa kata sahrul ajak ween...he he gurau jer
Ajak ween??ween nak ke?
jap jap.. nak ajak ween dulu..
weennn.. owwhh weeennn...
nak ajak izam gi tengok wayang tak weennn??izam turun KL 26 nie weennn..
bawaklah gi tengok wayang weenn... hehe
*Menuggu jawapan penuh kesabatan.. :P
jom kakyan kite tgk movie..jom jom. heheheh.
tapi cite ni mcm sedih je
cinta x kesampaian
kang akak nk ari ke ujung dunia lagi.
isk isk isk isk
sahrul-kesabaran akan disusuli jawapan yang positif. mesti ween nak gak tu.
wahh...serikandi sudah kembali. memikirkan cerita ini, jauh di sudut hati..wa sedih lo
kak yan,
mana bley pi tgk wyg dgn budak sahrul izam tu.kang cik heidi dia marah.ahahahahahhahahaha <-- gelak jht.
bawalah heidi sekala ween..hik hik
takleh baa cik heidi.. dia kat myanmar.. hehe
oh ak aa lah...terlupa. takpe sahrul cik heidi pasti sentiasa dekat di sisi.
Post a Comment