siapa yang dapat menidakkan keperluan menggunakan handphone. abang, adik, kakak, abah, mak, atuk, nenek, cucu yang sekolah tadika pun ada handphone (berkamera lagi). semua orang berpeluang menggunakannya. handphone pula makin canggih sekarang.
aku juga guna handphone...kenalah guna. bukan sebab aku suka tapi keperluan. ye la tu... asalnya aku mula guna semasa di u. ketika itu sesiapa yang guna handphone..wooo kagum beb. handphone pulak jenis besar sebesar besarnya dengan antena sepanjang panjangnya. zaman tu orang tak guna sangat sebab konon handphone ni mahal. orang loaded je mampu pakai. tak pun mak bapak diorang yang loaded! hah hah.
aku dipaksa guna oleh rakan seproduksi(merangkap coursemate) aku. pada masa tu aku dilantik jadi pm(production manager) satu projek teater. selalu pun jadi pm tak pun sm(stage manager). jadi aku sentiasa diperlukan untuk keperluan produksi (terutama yang membabitkan hal- hal kewangan). jadi dia orang kalau nak contact aku punyalah susah selalu. tersangatlah leceh. kekadang benda yang penting jadi tertangguh sebab aku tiada tak dapat hubungi. maka, seorang kasi handphone, seorang lagi kasi kad sim. aku cuma reload kad je. ingat lagi masa tu guna zero one six. hah hah. siap diberi lagi. tapi aku masih tak suka guna. dah habis projek aku tak pakai dah.
sudah bekerja pun aku tak ada handphone. lama- lama yang suruh pakai..siapa...mak aku. kata mak seksa sangat nak contact aku. dah ler kerja shift. lepas tu kekadang kawan grup teater cari, kawan sekerja cari, kawan sekolah cari...aku takde, susah betul. kebetulan abang baru beli handphone dekat pakcik aku yang kerja kastam. jadi dia jual kat aku. nak tak nak terpaksa guna. guna lama sampai rosak dah nazak... masih taknak tukar baru lagi. bila mak susah nak contact aku...dah kena bising baru tukar baru. sama lah jugak kes nya...dah rosak giler baru pakai handphone lain(itupun kawan bagi...hak hak).
setakat ni aku dah guna 4 telefon bimbit(termasuk kawan punya). kalau boleh aku taknak pakai dah. aku tak suka call orang dan aku pun tak suka terima call. tapi bila fikir balik hal- hal kecemasan, patut sangatlah guna. misalnya dulu tayar kereta aku pernah meletup tengah jalan. dah lah masa tu lewat malam. handphone tadak kredit... nasib baik senang dapat teksi. balik rumah abah bising...tot tek tot tek ... dan aku serik. kena top up le jugak selalu walau RM 10.
1 comment:
hai...ada handphone untuk kecemasan je ke? untuk telefon yang tersayang tak di ambil kira ke? kesiannya... nampaknya ada yang rindu sorang-sorang je lah tapi sebab telefon sebelah sana tu untuk kecemasan je, bukan untuk telefon yang tersayang jugak...
Post a Comment