terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Tuesday, October 11, 2005

RaMadAn

5 Oktober 2005 - mula puasa

10 Oktober - hari ini, hari kelapan bulan puasa. hanya sekali sahaja aku berkesempatan berbuka di rumah...bersama keluarga. kebetulan abang sekeluarga pun berbuka sama. sempurna bilangan family.

hari selebihnya aku berbuka di pejabat, dalam kekalutan nak siapkan kerja. masa pukul 7 itulah masa sibuk di pejabatku untuk mengejar siaran pukul 8 malam. seronok juga berbuka dalam sibuk. hanya hari pertama sahaja aku bangun sahur. hari lain aku makan sebelum masuk tidur. tidur pun lewat... paling lewat pukul 3 pagi.

setakat ini aku selalu membeli juadah di bazar ramadan pantai dalam. kekadang ke bangsar. makanan makin mahal, ikan bakar(kesukaan aku) makin kurang dijual. ada satu ketika aku terpandang gerai jual kad raya...masih ramai ke pembeli pada zaman orang guna sistem pesanan ringkas ni? ingat lagi malam raya tahun lepas, sampai penuh simpanan mesej handset aku mendapat ucapan maaf zahir batin. aku masih terima kiriman kad raya daripada kawan- kawan walau makin berkurangan. tapi aku balas dengan sms aje(tak sempat beli kad).

No comments: