terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, October 19, 2005

SAkiTnyA kehilanGaN

siapa yang kisah jika tak pernah merasainya. waktu dulu aku meluat dengar orang frust putus cinta, aku tak simpati pada sesiapa yang runtuhnya rumah tangga, aku hanya diam pabila orang meratapi kematian... kerana aku tak pernah merasa.

sampai masanya, tiba saat. sakitnya...sehingga ke kemuncak akhirnya tak terasa apa apa. kosong. melayang- layang. terawang- awang. hanyut. tiada emosi, tiada rasa, tiada jiwa, tiada kata, tiada satu apa. tidur semasa jaga, sedar semasa tidur. minda tak selari laku. untuk pulih, ambil masa. berbulan...bertahun. tanpa sedar. alih- alih kembali. menjadi yang baru atau seperti dahulu... sebelum kehilangan yang sakitnya tak terperi.

1 comment:

Anonymous said...

yang hilang takkan berganti dan yang tumbuh... kalau pun tumbuh adalah tunas yang baru, takkan sama dengan yang lama,kan.

yang hilang mungkin yang terbaik dalam hidup namun tiada siapapun yang dapat mengatakan dengan satu jaminan yang padu bahawa tunas yang baru itu bukanlah yang terbaik yang pernah berlaku dalam hidup kita,kan.

sayangnya... setiap kehilangan.. kita akan bawa pergi bersama jasad yang satu. maka hilanglah ia bersama masa dan usia. tapi jarang... jarang sekali yang beranggapan bahawa kehilangan itu bukanlah satu kehilangan sebenarnya.. selagi setiap degup memori dan kenangan tetap tersemadi di satu sudut yang kukuh di hati dan jiwa.

kehilangan adalah satu kehilangan apabila setiap satu ingatan semakin menjauh dan setiap kenangan semakin menghilang, juga setiap memori indah yang pernah dilalui bersama luput dan kabur bersama arus masa dan keadaan. ketika itulah sakitnya kehilangan amat mengguris jiwa...

- taurus19mei -