hakuna matata...hakuna matata. lagu yang cepat bermain di bibir aku selepas menonton filem the lion king. hakuna matata adalah bahasa swahili (yang dituturkan majoriti warga afrika timur), membawa erti 'tiada apa yang perlu dirisaukan', bebas daripada sebarang masalah... pedulikan semuanya - sama seperti aku, pemikiran aku dulu.
aku tak suka pedulikan hal orang, perasaan orang. asal saja adanya aku tak menyusahkan dan orang lain tak susahkan aku..cukup! buat apa peningkan kepala fikir pasal orang lain. dia...dia punya hal, aku...hal aku. tapi mana boleh aku jadi begitu. hari- hari aku kena memasukkan fikiran aku tentang pelbagai perkara. input yang cuba ditolak tetapi tetap masuk di fikiran. dan aku kena ambil peduli walau tak mahu. kena analisis, asingkan baik- buruk dan membuat resolusi.
apabila memikirkan hal interpersonal, sememangnya begitu meresahkan kalau- kalau ada yang tidak sempurna sama ada penerimaan aku atau penerimaan orang lain terhadap aku. akhirnya dengan sedikit demi sedikit aku belajar menghargai kehadiran orang lain yang perlu aku peduli.
No comments:
Post a Comment