terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, March 07, 2011

fauziah nawi kembali Beraksi tapi dengan 3 wajah

hanya satu perkataan untuk mengulas lakonan fauziah nawi - HEBAT!  beban di atas bahunya untuk menjayakan cinta julia untuk penonton singapura teramat berat, apatah lagi dengan hanya satu percubaan.ia bukan percubaan, ia adalah satu kesempatan untuk melaksanakan yang terbaik. kalau beliau gagal, mungkin hilang peminatnya.penguasaan ruang, penguasaan dialog dengan perkataan-perkataan yang jarang digunakan dan penguasaan emosi patut menjadi teladan pelakon muda.

buat pertama kali, ruang studio teater esplanade dihadiri ramai para mak cik untuk menonton persembahan teater. kalaulah golongan penonton 'mak cik' dapat membuka hati menonton buah hasil tempatan pula, alangkah baiknya.

ramai penonton yang tidak tahu fauziah nawi boleh menyanyi dan selesa menari. iryanda juga bermain gitar sebagai muzik selingan sepanjang pementasan dan permainannya cocok dengan suasana adegan.
pengarah cinta julia, iryanda mulia ramli, mengeksploitasi, secara positif, kebolehan lakonan fauziah nawi, untuk menghidupkan cinta julia.
lanjut
petikan oleh dandyaramri ini mengenai persembahan monolog cinta julia di singapura oktober tahun lalu. hujung mac ini ibu fauziah kembali beraksi menjadi tukang sapu, ceti berlesen dan isteri yb. nantikan...


7 comments:

saat omar said...

good luck Fauziah Nawi

noorlara said...

Fauziah nawi satu nama besar dalam bidang teater dan lakonan, kalu drama yg ade dia rasa terkilan kalau tak tengok.

Selamat berjaya kak FN dan semua yg terlibat!!!

en_me said...

dah lamer x tengok teater nih.. uhuhu

ryann said...

harap berjaya pementasan ibu nanti. tq saat dan sis noor.
en_me kena tengok ni.

Ophe said...

aku pernah menonton cinta julia (stor dbp). melihat dan merasa apa yang diberi. sentiasa ada dengan magik!

Chulan Chin said...

aslkm..

dik ryann, smga Allah pelihara hidupmu..

t/ksh- atas info ini.
amat teruja utk menontonnya.
abg am yakin~ persembahan kak FN pasti menarik, memikat & mengesankan.
(seperti yg dipersembahkn beliau dlm 'cinta julia')

insyaAllah, abg am akan tonton..

wslkm.

ryann said...

koishie - tonton lagi yek,kisah lain pula.

terima kasih bang am.