apakata aku hala sibuk ke lain. pada waktu prk itu juga panggung wayang main beberapa filem yang aku suka. masa aku meluap-luap rasa ingin menonton, tak ada pula filem yang kena dengan citarasa. bulan ni serentak main filem best. calon oscar. king's speech, black swan dan 127 hours. satu hari boleh bikin marathon. tambah satu lagi, the rite. sebab ada anthony hopkins le. tarikan untuk aku tonton. genre yang pelbagai. tak ada lah asyik-asyik filem hantu.
tapi tak sangka aku boleh sangkut nak tengok filem seram lagi. sini ada hantu arahan james lee. telahan aku filem ini ok memang tepat. hasilnya, perasaan aku sama ketika tengok filem phobia 2 dulu. kedengaran kisahnya klise.
hantu pokok pisang memaparkan elemen dark pada sifat perangai naif manusia.
hantu nombor ekor pula simple black horror. hantu adalah hantu. kejahatan berbalik kepada manusia. kesian hantu pula yang dituduh jahat. ah, ini juga tetap klise. elemen ini terdapat dalam banyak filem hantu. tapi sukanya aku sebab lakonan dan garapan pengarah, segar. hantu asrama memang terbaik.
majoriti pelakon bukan bintang arus perdana atau bintang yang kaku.
lagi...aku tonton teater pula. teater muzikal terima kasih cinta. aku tahu awal, pementasan ini sebenarnya ala konsert. anggapan sinisku cerita cuma serpihan. tapi sebutnya teater. maka, aku berpegang kepada cerita dahulu. aku cuba paksa menghanyutkan diri dengan persembahan. berkerut- kerut dahi aku. apalah aku ni. ini muzikal ok. relakslah sikit. aku jadi keliru dengan diri aku. haha! fikiran aku mengimbau cats, fame, high school musical, glee, cempaka schools box office.
muzikal... utama yang diketengah tentunya lagu, nyanyian, muzik dan tarian. maka, pastinya memberi hiburan. dalam konteks ini, muzikal ini memang berjaya. mengkagumkan.
menonton teater ini membuatkan aku berfikir seorang pelakon pentas harus berpakej. selain berlakon harus boleh nyanyi dan menari. tetapi berapa ramai yang kita ada. memang ada tapi mereka menyorok sebab tidak punya aura komersial. kita mahu tarik orang tengok. itu realiti. hakikat yang kesian.
ah, sebenarnya aku tak layak menilai persembahan ini. aku tak tengok habis sebab kena masuk kerja. aku fikir sempat. tapi ia mula lambat sikit melarikan lagi anggaran waktuku. ada interval lagi. memang rugi aku. benarkah aku rugi?
filem ini sangat indah untuk diadaptasikan menjadi serpihan muzikal |
6 comments:
dah lamer x tonton teater.. jommm
sy dah tgk black swan...giler daring...raba atas bawah...cite dia tension la...dah jd black swan lak jap...heavy tahap langit ke lapan...
tidak banyak teater muzikal di malaysia ini benar2 muzikal... :)
ada yang cakap Teater Muzikal tu, sebagai Konsert.
entahlah, tak berani cakap apa apa. huhu,
jomm en_me
ye ke daring huhu - aiza
koishie - subjektif juga kan
sastraboy - saya berani kata macam ala konsert. hmm ..muzikal, broadway...genre dan konsep mungkin masing-masing suka bereksperimentasi.
cinta bila diteaterkan hilang touchingnya....
Post a Comment