terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, March 21, 2011

3 wAjah fauziah nawi

satu refleksi !
tiga cerita dalam malam 7 drama 7 duri lalu
diperan semula


Tukang Sapu
angan dan impian yang  membawa kepada luahan perasaan seorang tukang sapu terhadap fenomena hidup masyarakat sekeliling. realiti hidup yang pahit sering membawa manusia ke daerah dunia anganan yang dicipta untuk melarikan diri dari kenyataan. dari angan yang dicipta dia menemukan satu kebahagiaan yang sementara. tetapi realiti tetap harus dihadapi. penghujung jalan cerita hidup yang keperitan masih dalam teka-teki. yang berani akan terus berjuang manakala si bacul akan memilih jalan pintas yang penuh tragedi
Hutang
dari saat dilahirkan di muka bumi manusia telah berhutang. dalam menjalani kehidupan beban hutang tidak dapat dipisah dari setiap insan. ada yang mengaut keuntungan dari hutang piutang orang lain manakala ada yang menanggung azabnya. si pemiutang sendiri pun kadangkala terhutang dengan pemiutang yang lain. hutang menjadi satu kemestian dalam menjalani kehidupan masakini.  tak kira sama ada hutang secara zahirnya atau secara batin, manusia tetap berhutang
Pukul
dari kehidupan mewah sebagai seorang isteri kenamaan kepada peniaga runcit dan seterusnya menjadi banduan. dari terpukul kepada dipukul akhrnya bangkit lalu memukul atas dasar untuk melindungi diri. luahan perasaan seorang perempuan atas kehidupan yang dijalani. di antara cita-cita dan kejayaan negara, prinsip arwah bapa dan kejatuhan seorang suami. beliau cuba tabahkan hati namun batas kesabaran manusia tetap ada hadnya menuntut dia bangkit 



30 mac hingga 3 april
malam, jam 9
berskala kecil pentas berkonsep black box di stor dbp
mendepani rapat penyaksi
tanpa lapisan pemisah
merasa dekat aura
fauziah nawi
dengan 3 wajah

info lanjut transit ke stefani

9 comments:

amal said...

assalamu'alaikum..
didoakan semoga Allah memayungi hidup dik ryann dgn rahmat keberkatan-Nya.. amiin..

membaca catatan/sinopsis 3 wajah, membuatkan diri rasa teruja..
tak sabar menunggu, sebab memang amat yakin dgn persembahan kak FN seperti yg pernah beliau perlihatkan dlm Cinta julia dulu.

terima kasih dik, kerana seringkali menyampaikan maklumat lebih awal..

mudah2an berkesempatan bertemu.
wslkm

en_me said...

seriyes, me nak tontong, tiket ade diskaun takks..

ryann said...

datang le me. tapi tadak diskaun. untuk student ada le huhu

ryann said...

waalaikumusalam bang amal. harap abang juga sihat.terima kasih. datanglah bang.
hmm..payung dlm poster 3 wajah simbol perlindungan. tapi telah bocor.

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

teringin juga nak negok...

Qasih said...

jom.. hujung minggu bersama stefani.. :)

ryann said...

silakan hadir saudara al bima dan qasih

Siti Zafira said...

Seronoknya. Tetapi ada urusan lain, maka tak berpeluang ke sana.

Mungkin kalau berkesempatan dan sudi, boleh share tentang '3 Wajah' seusai tamatnya teater itu nanti..?

:)

ryann said...

takpe :)