terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Saturday, November 27, 2010

terkEnang ADegan...satu

aku anak- anak lagi. tonton di tv. abah record di perakam video vhs. apabila iklan je, tugas aku tekan pause. sambung cerita tekan pause balik. seringkali aku lupa. terlepaslah beberapa adegan. buat- buat selamba supaya abah tak perasan. tapi aku budak lagi. mana pandai sorok selamba kan.

filem yang sedang bermain di tv tu pelik sikit. genre seram dan sepatutnya seram menguasai tapi aku tak ingat sangat moment seramnya. aku ingat seram yang lain barangkali (haha).

adegan - ada orang nampak. itu...ahmad mahmud menutup tingkap di bilik anak perempuannya. lepas tu, yang aku ingat suasana hujan. malam. seorang lelaki muda, itu...hilal azman terjumpa seorang perempuan muda itu...rashidah jaafar. dan aku tak faham apa jadi selepas itu. sudah besar sikit baru aku faham. dan aku rasa filem itu sebenarnya agak bijak. penyampaian adegan berbaur erotik itu.

kemudian aku cuba ingati plot filem itu. dendam dari pusara bukan sekadar membawa elemen seram tuntutan orang mati apabila ada bahagian cebisan tubuh diambil. tetapi di sebaliknya, memaparkan orang sekeliling masih punya sangkaan buruk terhadap sejarah lampau seseorang itu. paparan adegan yang memberi syak dan prasangka dalam filem ini bagiku agak cantik. aku rasa aku mahu cari dan tonton semula filem ini. bukan untuk tonton erotic scene tu tau.
fikiran, tolong kilas balik.

4 comments:

ynn said...

wah...takut nak tgk ceta seram...;d

eelobor said...

citer seram seronok di tgk waktu malam, secara berseorangan, dan dalam keadaan gelap. lagi syok jika tak de ahli keluarga kat rumah, serta di malam jumaat. boleh cuba untuk kepuasan diri

en_me said...

erotik scene x perlu cantik.. kehh

ryann said...

ynn - seram takut tapi rasa thrill tu yg bestkan.

eelabor - selalu buat macam tu.hehe

en_me - nanti tak art pulak haha