terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, December 01, 2010

arUs MEreka

mula - mula baru masuk industri, berlakon satu, dua filem. pegang watak sampingan. selepas tu, dapat watak pembantu. kemudian dapat watak utama.
atau bernasib baik (sebab wajah kacak, lawa?) mula- mula berlakon terus saja dapat peranan watak utama. kayu itu boleh dibentuk (atau diabai?).

tawaran melimpah ruah. rezeki. hidup sibuk. terkejar ke lokasi sana, lokasi sini. watak lain tetapi bawaannya sama. asyik-asyik muka dia. balik-balik wajah dia. di panggung. dalam majalah. dalam surat khabar sisipan hiburan hujung minggu.

senarai filem dah banyak. dari bawah sepuluh jadi berbelas. terus ke berpuluh.
filem ada yang box-office. ada yang setakat ada. pelbagai watak sudah dipegang tapi kebanyakan stereotaip pembawaannya.

menang anugerah popular, anugerah pilihan. tetapi bukan anugerah terbaik. kalau menang pun sebab lawa. uppss kacak. eh bukan sebab saingan tidak seberapa. atau sebab juri suka.

stop...stop. nama sudah dikenali. sudah kukuh di dalam industri. duit sudah banyak. ok mulakan strategi. selektif. pilih skrip. reject tawaran yang entah apa-apa. perlu karya berseni sikit. bak kata seseorang, karya yang manis. setahun muncul satu dua filem. selepas itu 3 tahun muncul satu filem. satu filem muncul 5 tahun. akhirnya menang terbaik.

tak habis lagi. oh, tawaran makin tidak ada. nama kian dilupa. ambil sahaja tawaran. bukan tawaran entah apa- apa. pembantu. sampingan. dan..dan...seterusnya...



aku tidak merujuk kepada sesiapa. ini bukan kisah benar. ia fiksyen dari aku.
aku kagum eman manan. dan mereka yang sepertinya. sebab mereka bukan seperti fiksyen aku ini.

5 comments:

theblabber. said...

mana lagi nak cari insan seperti depa.

ryann said...

kan miezi. bilangan filem tak banyak tapi kita ingat aura watak mereka.

Jemari Seni said...

Jgn lupa Fauziah Nawi, Ogy Ahmad Daud, Ahmad Yatim dan ramai lagi... Maybe sudah digantikan dengan Lisa Surihani, Ayu Raudhah, Farid Kamil dan ramai lagi yg....hmmmmmmm!!! Takpe la nak tgk Sivaji The Boss dulu heehhehhe...

Mr PenyuBiru said...

suka jugak ngan emang manang. org ganu tu. duk atas tol lagi.hehe

ryann said...

sivaji the boss best, sis. haha.

itu eman duduk kampung atas tol ke. saya tak tau mr.