terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, December 29, 2010

anaLogi chak de! india - Malaysia menang!

semalam tv 2 mainkan filem hindustan lakonan shahrukh khan, chak de! india. bagai analogi pemberi semangat kepada pasukan malaysia yang akan berlawan indonesia dalam final aff suzuki.

dalam filem itu, adegan klimaks - final perlawanan hoki kejohanan dunia di antara pasukan india dan australia. pada pusingan pertama india tewas teruk dibelasah pasukan australia. dijadikan cerita, mereka bertemu di peringkat akhir. dan...india menang!

realiti, malaysia tewas 5-1 dengan indonesia pada peringkat awal. ditakdirkan bertembung di final. dan...malaysia menang! yeah!

pm beri cuti umum pada hari terakhir tahun ini.

3 comments:

Qasih said...

tengok jugak cerita tv2 tu. memang best! apapun..

Tahniah Malaysia!!! :)

noorlara said...

ryann
Kemengan atas daya usaha, doa dan izin Allah. Semoga akan dapat dipertahankan.

Selamat menyambut tahun 2011, semoga lebih berjaya dan bahagia

ryann said...

kan qasih kan.

selamat tahun baru sis