terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Saturday, October 10, 2009

aku ceritA

lepas cuti raya, masuk kerja. menghadap pelbagai cerita disaster dan isu kedua-dua negara (malaysia-indonesia). menyusul pula pilihan raya(lagi..) dan selepas itu, perhimpunan umno. kemudian, bajet 2010. penuhnya pengisian oktober. tak sanggup lagi melihat visual-visual kesan gempa. sayunya ratapan kehilangan. kesedihan mereka pasti lambat berakhir.

sedikit cerita raya. masa kat kampung hari tu, kami di rumah arwah atuk dan nenek didatangi seorang tetamu tak dijangka. kawan sekolah pak busu aku. tapi pak busu aku tiada kat rumah. jadi, mak dan makcik -makcik aku lah yang layan borak. lagipun mereka kenal juga dengan kawan pak busu aku tu. tetamu tu dah lama tak balik malaysia. bermastautin di luar negara. kahwin dengan orang putih. anak sulungnya berumur 25 tahun. maknanya, sudah lama dia di luar negara. raya tahun ini baru dia balik malaysia tapi berseorangan. maka, berkunjunglah lawat saudara- mara dan rakan.

melihat susuk, gaya dan percakapan memang aku tak sangka dengan latar belakangnya. terpegun aku (turut juga mak, makcik dan sepupu-sepupuku). mana taknya. boraknya pekat betul loghat negeri sembilan. sedikit pun tak kedengaran slang inggeris. wajah pun masih wajah asli kampung. gayanya memang gaya yang tidak dicemari.(upps..bagaimana gaya yang dicemari tu?)

hanya lebih kurang sepuluh minit saja dia singgah. tapi banyak benda yang dibualkan. aku masih ingat lagi ayatnya yang agak biso bonar - "jahat-jahat kito dulu kak, tahu takut. tak macam budak- budak sekarang. kughang ajar!" hehe..aku sengih je terus jeling kat adik- adik sepupu. diorang sengih gak. sengih terasa. walau lama di negara asing, tetamu tu masih kekal jati dirinya.

4 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

jahat dulu lain(ada fikir ada rasa). jahat sekarang lain (tak fikir tak rasa. pakai redah ajer?)

Sifu Mirza said...

salam ryan..

teringat akan "ikut resmi ikan di lautan...walau berada di air masin, isinya tetap tawar"

25 tahun sudah pasti akan merubah seseorang itu...

namun..pegangan dan pedoman diri telah membuatkan beliau tidak hilang jati diri..

:-)

ryann said...

kita sendiri dapat rasa dengan kejahatan itu saudara al-bima. sebab tu kita faham.

jarang jumpa orang yg sebegitu, saudara sifu mirza. begitu terharu

The Island of NAMOYAKI, said...

'selagi mereka bernama manusia...'

=)