terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, October 30, 2009

di ANtara CUci & papADOm

tak ada apa pun di antara cuci the musical dengan filem papadom. tiada perbandingan, cuma kekaguman. dalam pada orang bercakap- cakap tentang jin notti dan momok, nasib baik papadom baru masuk tayangan. tak le rugi tiket wayang aku (yang memang dapat percuma). hampir tiap-tiap bulan dapat dua baucar percuma tonton wayang yang ada tarikh luput. baucar yang ada, tarikh akhirnya betul- betul pada hari pertama tayangan papadom. nasib baik.

filem papadom memang hebat seperti yang diperkatakan (dan seperti yang dianugerahkan). lagipun aku wajib tonton filem-filem afdlin shauki ( dan filem allahyarham yasmin...rindunya!). kesedapan filem papadom jelas terasa kerana selepas habisnya tengok filem ni pasti kita terasa nak pergi makan papadom dan pekena nasi kandar.

cuci the musical sedang rancak beraksi menggegar pentas panggung sari. walau persembahan agak panjang(dengan intermission lebih kurang 20 minit), pengisiannya bukan setakat menuntut khalayak bergelak ketawa. yang pasti sesudah tonton teater ini kita akan bersemangat untuk menonton awie di pentas teater lagi hehe. terima kasih kawan(ex-wartawan jenayah terkenal ituuzz), ajak layan teater dengan tiket complimentary.

7 comments:

en_me said...

sonoknyerrr tewww.. ehehe

ryann said...

pi ler tonton. kot dah tengok ke

theblabber said...

tak dapat dah nak join lagi..huhu :(

AzmaMurni Aziz said...

emmm.. bestnya ryann dapat tengok cuci the musical..

Bro Framestone said...

jom layan papadom nk..tp kat mane ek??

demam makan papadom menguasi diri bro selama 2mgu selepas terpengaruh dek nontong cite papadom

out of topic--> jumpe kat mne la tue ek.... jom2 he..23x tp bro dah balik sudah

www.broframestone.com

razifembi said...

aku nak pi tengok Papadom ... tapi aku takdak geng ... wife dalam pantang lagi ...

kalau lama sikit ... aku tunggu kat astro sajalah ... hehhe

ryann said...

nanti balik msia boleh lepas geram miezi.hehe

qasih pergi ke? teater tu ok. memanjang gelak.

papadom pelitazzz best!
lain kali kot saudara framestones


tak lama kot keluar kat astro itu razi.