julai setiap tahun sememangnya meriah dengan pelbagai aktiviti kesenian. elok pula sedang berlangsung kl festival. banyak program berkaitan kesenian dan kebudayaan diadakan.
bulan ini juga berlangsung festival teater kl di taman budaya. di panggung bandaraya pula, sinonim dengan persembahan teater tradisi - mek mulung, mak yong, wayang kulit dan bangsawan. ayun tari mewarnai pentas auditorium dbkl. layan senandung di life centre dan klpac. julai bulan seni. rutin penghuni ibu kota diganggu beraneka pilihan menyamankan minda.
selepas melepasi istana budaya dengan mana setanggi, karya dato' noordin hassan menjejak pula pentas balai tun syed nasir, dewan bahasa dan pustaka dengan intan yang tercanai.
turut rutin sanggar teater fauziah nawi (stefani), jika julai tahun lalu dengan malam 7 drama 7 duri. julai kali ini, lorong blues berdepan dengan khalayak buat kali kedua. teater lorong blues pernah dipentaskan dua tahun lalu, penuh sambutan. terima kasih. dan dijemput sekali lagi hadir dengan cerita yang sama tapi pelaku, garapan dan gayanya berbeza.
sesiapa lima belas tahun ke atas, saksikanlah teater LORONG BLUES !
13 comments:
terima kasih utk info ni ya..
sy tak tau pun ada byk festival ni..
sibuk dgn kerja.. errr alasan je ni.. :D
.
.
.
.
.
tak sabar nak tgk lorong blues :D
salam dik ryann..
smga Allah plhara hidupmu.
amiin..
bagus info ni.
abg am pasti pergi.
insya-Allah.
jika teater mlibatkn kak fauziah, sayang jika tlepas..
*mlm tadi abg am pi tgok 'intan yg tcanai'. crita ok.. ada sentimental value!
dik ryann tk sempat tgok ke..?
:)
-jaga diri, muliakn peribadi.
wslkm.
kts - jemput ler datang tonton teater tu nanti. kali ni di panggung yang kecil tapi dekat dgn audiens
terima kasih bang amal. semoga abang juga sejahtera.
datanglah nanti ye.
teater intan yang tercanai tu saya sempat tonton. karya dato' noordin memang best.
sonoknyerr nonto teater itteww..
bravo Lorong Blues!!
thanks for the info. looking forward nak pergi, kalau punya lapangan masa :)
hai ryann terima kasih sebab singgah di blog saya.Saya dah beli dah tiket Lorong blues 2.Berurusan dengan anna.Tempah pada 25 Hb malam....Cuma sayang saya terlepas cinta Julia.terlepas melihat aksi Puan Fauziah nawi beraksi solo....kekangan masa tak mengizinkan....
Phew... Time takde, takde sangat....
Bila ada, tak terkejar pulak. Satu malam sampai bertindih-tindih persembahan. Rasa rugi bila terlepas persembahan yang hanya dipertontonkan sekali.
:(
Kasihan kepada pelajar, kerana kekangan masa dan belanja mungkin menghalang mereka terdedah semaksimanya.
meh datang en_me
harap persembahan berjaya, saudara saat.
owh...awalnya beli. best best, jo'el. ramai gak yg terlepas persembahan solo ibu fauziah itu.
marissa - tu lah...bulan julai padat betul. saya sendiri tak tertengok. rasa terkilan. marissa dtg lah kira kelapangan untuk lorong blues. show sepanjang 2 minggu.
teringat teater julia... yang dilakonkan oleh ibu fauziah sendiri di stor teater yang sama pada tahun lalu...
ambil semangat dari teater itu koishie
saya datang 1st day 24/7 kalau tak ada aral melintang-lintang! ;-)
Post a Comment