terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, July 20, 2009

teateR LORONG BLUES



*foto sesi latihan

sinopsis
pertembungan beberapa watak yang cuba melarikan diri dari kenyataan pahit kehidupan. akhirnya terkepung di lorong semasa melarikan diri dari serbuan anggota keselamatan. dalam kekalutan mereka mula menuduh sesama sendiri. mereka berkenalan dan dari pertukaran pengalaman mereka mula mengenal wajah sendiri.

LORONG yang bermula waktu tengah malam berakhir di waktu azan subuh bergema , penuh dengan tragedi kehidupan manusia yang tidak akan pernah berakhir, selagi dunia ini terus berputar.


pelakon & korus
ungku hariz faizal, raja emy shahril, raihan jamil, ard omar, mohd zaki yahya, mohd nor hafiz, adrina badri, farah ahmad, syalizawani ramlan, chie azim, sherry, wan yuzaini, mohd. hanafi.


arahan : Hajjah Fauziah Nawi
tarikh : 24 Julai 2009 hingga 7 Ogos 2009 (kecuali 31 Julai)
tempat : Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
masa : 9 malam
tiket : RM 30, RM 20(pelajar)


*persembahan untuk 15 tahun ke atas

pertanyaan, sila hubungi Farah (012 6170697) / Chi (012 2429621)
www.akulahrawana.blogspot.com

13 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm dik ryann..
smga dirimu dlm rhmt Ilahi.
amiin.

bsandarkn sinopsis yg diberi, memg abg am truja utk pi tgok.
mgkin kak fauziah tk blakon, skdr mgarah..?
ryann, blakon tak..?
:)

apapun, abg am psti pergi. insya-Allah..

Qasih said...

jumpa di sana ye.. abg am dan ryann.. ;)

ryann said...

jemput hadir bang amal & qasih. saya tak berlakon hehe.

en_me said...

memang nak terjah ke stor dbp teww, tp x tau bilerr..

ryann said...

datang le en_me. mesti tak rugi punyalah. chewahh. jelas jelas promote ni

Marissa said...

Jumpa di sana jugaaa....~

Marissa said...

Qasih dan Ryan.. Kalau jumpa nanti tegur-tegur lah tau.. uhuhuhuh..

ku tak sempurna said...

:) memang menarik...
dan sy dah pun tertarik...
insyaallah... klu takde aral... sampai laaa :D

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

ader umur, jumpa di saner

naz ilyn said...

salam...
ada juga dengar pasal teater blues ni arahan fauziah nawi kat MHI pastinya mmg blues.

ryann said...

jumpa juga marissa akhirnya. best best. tq hadir dik.


silalah datang kts.


juga silalah hadir sis CRAZY BEAUTIFUL88.

naz ilyn - jom datang

Pegawai Khalwat said...

jauh. sayang sekali.

Pulau NAMOYAKI said...

akulahrawana, adik farah, adik chie, ard 'Bro & ibu serta semuanya,

telah aku kutip satu persatu buat bekal hari esok,
telah aku sisipkan semuanya,
telah aku amati satu persatu pergerakkan,
telah aku jerit minta belas pertolongan,
telah aku bisik minta bantu penglihatan,

kesempitan lorong-lorong kekalutan yang tidak terjelaskan,
kesempitan minda mata pemerhati yang membutakan,
kematian yang tidak mampu memperjelaskan duduk perkara kenapa dan mengapa,

apalah ertinya semua ini bagi yang memerhati sebelah mata?
apa ertinya semua ini bagi yang meniti hari-hari mereka?

kenapa dan mengapa?
mengapa dan kenapa?

Tahniah kepada semua ahli keluarga STEFANI. Tahniah semuanya,

P.s- Terima kasih kerana sedekahkahkan mee kari & kueh paw tapaw buat bekal di jalan raya :)