terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Thursday, June 25, 2009

menyiapKan Kepergian...the Departures


dengan pencapaian membanggakan, filem ini memenangi filem asing terbaik pada anugerah academy ke-81. turut juga merangkul anugerah utama di beberapa acara festival antarabangsa.

apalah yang menakjubkan perihalan seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan. lalu mencari kerja lain tetapi tersilap gambaran dengan tugas yang dipohon. yang menariknya, kerja yang dipohon sangkanya berkaitan dengan agensi pelancongan. melencong jauh...rupa-rupanya tugas itu berkaitan dengan pengurusan orang mati.

paparan upacara membersih dan mengindahkan mayat gaya jepun memang memberi kelainan yang unik. di samping asosiasi dengan kematian, ia memberi pengertian yang cukup besar dalam kehidupan. setiap manusia mustahil tidak mati.

tugas menyiapkan jasad yang kaku (sebelum menjadi abu) bukan setakat hanya tugas bagi diago yang sebelumnya pemain cello. ia memberi beraneka pengalaman dan pelbagai rasa yang akhirnya membawa dia kepada suatu jawapan tentang bapanya tatkala menyiapkan kepergian bapanya yang sudah lama tidak bertemu ke destinasi akhir.

14 comments:

Real Woman said...

seram ke beb cerita ni? masuk panggung ke beli vcd ni?

ryann said...

tak seram ler...kelakar campur sedih. main kat wayang sekarang cerita ni. kat gsc

Ajami Hashim said...

nangisss!

Qasih said...

ceritanya simple tapi menarik. 2 jam menonton tak terasa masa berjalan. ada mesej yang boleh difikir-fikirkan..

ryann said...

betul lah bro ajami. sebak tuu..


qasih tengok gak ek

miezi said...

harus akan saya tonton!!

en_me said...

pernah tengok kat tv3 ada mamat cina ni keje dia memang mencantikkan mayat kat rumah mayat (dlm malaysia jugerr).. uhuhu

pu3 balqis said...

wah,... mcm best ja..
;D

ryann said...

miezi mesti sukanya

ryann said...

ye ke en_me. menarikkan subjek ni



memang best pu3.

rudy bluehikari said...

igtkan citer seram...ok blehla g tgk nanti.

saat omar said...

Filem ni rileks je kan?

ryann said...

sila rudy. tak seram filem ni


ak aa...saat. tonton rasa releks. saat nya rebiu boleh tahan. detail

Koishie said...

aku turut pernah menonton Departures.. selain ceritanya, aku sukakan muzik latarnya yang menggunakan muzik Beethoven, symphony no. 9... :)