terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, March 04, 2009

lawak raJA LAWAKss

kenapa anda ketawa?
a) sebab gelihati
b) sebab dihidang lawak bodoh (gelak sindir)
c) sebab tengok orang lain ketawa
d) sebab kesian (tengok tiada sesiapa yang ketawa)


pertama kali program raja lawak (musim pertama) diperkenalkan, aku kerap menonton (tertonton sebenarnya) persembahan mingguan dan paparan hariannya. nak tahu juga cara bagaimana belajar membuat lawak. pendekatan luahan pengalaman dari otai-otai (gelaran untuk pengajar-pengajar raja lawak pada musim itu) menarik juga. ada keseriusan di sebalik humor dan ada jenaka di sebalik ketegasan. aku dapat simpulkan, persembahan lawak memang perlu dirancang. tetapi yang paling penting sekali kespontanan dan penyampaian lawak (yang dirancang itu) secara bersahaja.

raja lawak musim kedua pula aku jarang ikuti. namun begitu aku tahu mengenai kehebatan dan konsistensi nabil, yang ditabal menjadi juara. raja lawak musim ketiga pun aku jarang dapat tonton persembahan mingguannya iaitu setiap hari jumaat. aku cuma berkesempatan menonton siaran ulangan atau melalui youtube. ada kawan masuk - itulah faktor utama yang mendorong aku ikuti raja lawak musim ketiga ini.

jumaat ini, gelanggang raja lawak musim ketiga tiba ke penghujungnya. peringkat akhir bakal menyaksikan persaingan 3 peserta iaitu kumpulan sepah, dan 2 peserta solo- amir dan jihan. kumpulan sepah (dianggotai 3 orang) sentiasa memberi persembahan menghiburkan. kelebihan mereka iaitu punya persefahaman yang kuat, chemistry dan penyampaian bersahaja. amir - kekurangannya menjadi kelebihannya. dengan keadaan fizikal yang memperlihatkan ke'cute'an gerak aksinya, mencuit hati ramai. tetapi amir punya sebutan yang kurang jelas( terikat dengan loghat) dan penyampaian tersekat-sekat. ironinya amir punyai ramai peminat yang cenderung untuk mengundi. kehadiran amir dalam persembahan final menimbulkan sedikit ketidakpuasan tetapi segala- galanya berdasarkan undian sms.

pertama kali kehadiran peserta wanita di pentas final raja lawak, jihan- cukup membanggakan. siapa sangka sejak di peringkat awal, jihan yang sering berada di kedudukan tiga terbawah akhirnya, merupakan tiga peserta terakhir yang tinggal. aku menganggap yan sebagai seorang survivor. oh ya..jihan, dikalangan kawan- kawan, kami memanggilnya yan. secara peribadi bagi aku, kehadiran jihan di gelanggang raja lawak memang bertepatan dalam konteks penyertaan meneruskan perjuangan seninya dalam arena arus perdana. jihan (yang aku kenal)- bukan slapstik orangnya. dia takkan buat lawak bengong untuk kawan- kawan ketawa. jihan selamba. gila- gila yang bersahaja. apa yang terfikir itulah yang terpancar di wajahnya.

mula dengan minggu ketiga jihan sudah mendapat rentak dan menunjukkan serlah dalam persembahan. setiap minggu jihan semakin yakin dan selesa beraksi. kelebihan jihan iaitu beliau punya tutur kata yang jelas, kefahaman serta dimantapkan lagi dengan idea dan lawak yang bukan murahan. jihan ambil isu dan idea yang dekat dengan kita walau kedengaran klise tetapi digaul dengan pendekatan humor yang segar. memang aku bias tetapi sebetulnya itulah yang aku rasa. diakui memang jihan tak punya x-factor seperti nabil (atau amir) tetapi peningkatan graf persembahannya kian ketara. maka, aku percaya kuasa tarikan jihan terhasil daripada keyakinan dirinya. aku senang dengan pendekatan yang jihan tampilkan. pendekatan komedi stand-up dan tak perlu mengenakan kostum compang- camping atau menghodohkan wajah.

siapa juara raja lawak??? aku tak tahu siapa yang akan menang dan dinobatkan sebagai raja lawak musim ketiga ini. tekaanku berdasarkan gelombang undian (terkini) mungkin kumpulan sepah. tetapi ia tidak mustahil jihan berpeluang (sejujurnya aku harap). amir..dia kena buktikan yang dia layak dan tidak menghampakan para pengundinya. jika menang, orang akan kata nasibnya memang baik. juga tidak mustahil sebab amir punya peminat yang besar. aku...tentu aku akan sokong jihan. tetapi aku tak dapat tonton final nanti. sebab aku on duty. tak dapat adjust jadual. aku yakin jihan akan berikan persembahan yang membanggakan. walau dapat nombor 1, dua atau tiga...i'm proud of you, kawan! semoga berjaya.

8 comments:

divahantu said...

yann
sejak awal lagi diva tak minat program raja lawak tu... tak membantu perkembangan minda... bagi diva itu program huru-hara..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam dik ryann..

suka tgok ryann kmbali mcoret..
:D

entri ryann ni, amat kemas olahanny. abg am trtarik mbacany. mudah dhayati. bkesan d minda.

bg abg am- tgok 'raja lwk' scra 'gitu2' je..tk serius. tp a/bl blh dkatakn saban hr anak2 dok bukak siaran ulangnny wktu ptg, n tumpu pd tiap jumaat mlm, so abg am tk dpt tdk, join skali tgok rncgn tu. n gmbr jihan yg ada kat blog ryann ni, jg mdorong abg mnontonny..
:D

apapun lawak yg dhidangkn, kita mgkin trcuit, trtawa, malahn ada kala tfikir mesej yg tsirat n tsurat. ia sbg santapn minda yg sdkt sbnyak mampu mgurangkn stress, stlh penat siangny bkerja..

*memg kumpln sepah tampak calon juara, namun sgalany tk mustahil. jihan brbakat, n lawakny memg abg am pun suka.
smga jihan bjaya.
(suka, kalau ryan pun suka..)
:D

en_me said...

waah, me tak sempat nak tengok raja lawak musim nih.. uhuhu

ryann said...

hehe...sejak dulu pun saya tengok gitu gitu jugak je. tertonton jer. kali ni member masuk. tu pun tengok ulangan. memang tak bantu sangat kembangkan minda, tapi dapatkan relaxkan minda. orait ler tu bang diva. kasi huru hara yek...hak hak



terima kasih bang amal. nak curi masa + mood, baru dapat tulis bang.



tengok final ler me..hehe

saat omar said...

best ke ek raja lawak 3? tak sempat tengoklah...

ku tak sempurna said...

apa pun, pak pandir juga lawak sepanjang zaman...

ever green gitu... :D

Qasih said...

yup.. jom tonton jihan. lawak bijak untuk era moden.. bersahaja dan pastinya bukan lawakss yang sengaja dibuat-buat. punya mesej tersendiri. :D

*sori ryann lama tak menjengah. tuntutan tugas kian padat sejak akhir2 ni.. mengejar dateline + internet kurang mesra alam.. :)

ryann said...

ok gak saudara saat. untuk relekskan minda.



betul kts


sama sama sibuk qasih