terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, October 26, 2007

taK perlu HiduP dengAN alaSan


entah ke berapa kali hallmark memainkan cerita ini di astro dan sekian kali itulah aku tanpa jemu bercampur rasa terharu menonton telefilem ini. kisah benar gadis gelandangan, liz murray mencorak sendiri hidupnya. menterbalikkan hidupnya dari kehidupan tipikal anak jalanan. homeless to harvard sangat memotivasikan aku. tanpa adegan melodramatik atau melankolik, kesedihan amat dirasai. bagi liz murray, dia tak perlu hidup dengan alasan. apa sahaja latar di sebalik kisah keluarganya, kehidupan yang dilalui sejak kecil, bukan alasan mengapa dia tidak boleh berjaya.

4 comments:

Anonymous said...

aku memang suka saaaangggat dengan cerita nih. aku mmg tertunggu2 bila Hallmark nak tayang lagi. Baru 2 kali tengok. Byk pengajaran, perangsang. Mmg cerita tu boleh bagi ubat perangsang mcm makan pil kuda. Muahhh, aku memang suka.100'**************** bintang

ryann said...

kita selalu sama-sama suka qeez. bilalah kita nak jumpa ni?

ryann said...

dah 6 kali tengok. kegilaan yang memberangsangkan

Anonymous said...

sering kita berkata.. mengapa amat mudah untuk menitiskan air mata kala melihat air mata orang lain..dan.. siapakah yang paling mengerti perit pedih liku-liku hidup insan lain yang tercalar oleh realiti kehidupan.. dan terguris oleh pandangan masyarakat tanpa sebarang rasa...

kala air mata dititiskan tatkala melihat kesedihan insan lain.. dan apabila ada kata-kata diungkapkan.. "saya faham apa yang kamu rasa.." mungkin ada benarnya.. kerana hidup dan kehidupan ini mendewasakan diri, dan masa mematangkan fikir. walaupun luka dan parutnya mungkin berbeza namun pedih dan peritnya duri dan ranjau kehidupan adakalanya mampu menjadi sama dalam ketidaksamaan.

- Kasih -