terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Wednesday, October 17, 2007

Setelah berayA

aku cuti lima hari. terpaksa sedikit berkeras untuk tidak dipotong cuti sebab aku mungkin takkan dapat lagi cuti sebegini untuk raya akan datang. sorry boss. aku bukan pentingkan diri tetapi tiada lain sebabnya hanyalah demi keluarga. untuk mak terutamanya. ketika di kampung, sepupu aku merakam video mak. mak kata seronok beraya tahun ini sebab semua ada dengan wajah yang penuh bermakna. aku kurang faham maksudnya.

pada waktu yang lain, sepupuku tontonkan rakaman raya tahun lepas. sudahnya aku faham kata- kata mak. visual mak duduk dan adegan salam menyalam. mak kelihatan sangat sedih yang tak tertahan sendunya. rupanya aku, abah dan keluarga abang tiada. kiranya keluarga aku tidak semuanya ada dalam pada semua saudara ada. nyaris-nyaris adikku (bersama suami dan anak)juga tiada sebab sepatutnya giliran dia beraya di rumah mentua. tetapi adik dan suaminya faham.

tahun ini asalnya abangku rancang dia dan keluarganya pulang ke kampung pada raya kedua tetapi sebab dengar aku dapat cuti maka, dia tukar rancangan balik awal. kiranya tahun ini keluargaku sempurna. perasaannya sangat lain kerana sukar untuk berkumpul semua. tiada yang lebih rasa indahnya raya tanpa keluarga bersama.

2 comments:

qeez said...

ahhh, Yan kiranya itu yang kau rasa Syawal ini amat bermakna... tetapi tidak buat aku, kerana Syawal ini bermakna aku kehilangan bonda tercinta. Tanpa rendang, kuah kari dimeja makan. Tanpa gopoh mengejar waktu untuk memasak... Tanpa ketawa riang dia... Syawal ini aku kira aku adalah seorang perindu pada orang-orang aku sayangi... Aku rindu yang dahulu, kerana yang sekarang ini adalah masa yang baru hendak ku bina bersama keluarga ku... Syawal ini bermakna aku tidak lagi melihat dan mendengar wajah tua ini dan aku masih belum ziarah kubur itu... Dan sebenarnya Syawal ini tidak lagi bermakna untuk aku... Sunyi.

ryann said...

alaa qeez...empati terhadap sunyi kau buatkan aku terharu