tahun baharu menginjak tiba
antara imbasan dan harapan
dalam keterpaksaan ku ubah warna
kerna terlalu mengikut arus
tiba masanya datang
menunjuk aku kembali
tarikan rona lama semangat yang membara
salam tahun baharu
tiada lagi 2007
tetapi ceritanya ku simpan
untuk memulakan kisah baharu
yang mula datang
Monday, December 31, 2007
Sunday, December 23, 2007
3 dindiNG
aku pernah tonton satu filem. panggilan picisannya, bollywood movie. tetapi filem itu tidak seperti filem tipikal hindustan yang lain. tiada lagu yang mengasyik, tiada tarian yang erotik, tiada aksi lawan yang dangkal, tiada melodrama yang meleret. filem itu muzik latarnya minimum. antara ada dan tiada. gabungan pelakon yang kuat dan seimbang (tiada lebih dominan). sedikit keliru siapa protagonis dan antagonisnya.
inilah filem yang 1 jam pertamanya bagai tiada apa -apa, tetapi boleh membuatkan aku terlekat menunggu mengharapkan akan ada apa- apa. filem ini plotnya berlapis tapi digarap dengan kemas. dan disatukan dengan pengakhiran yang bukan atas dasar kebetulan tetapi punya sebab dan akibat. introduksinya perlahan...sangat perlahan, seakan hendak berhenti menonton tetapi bagai terikat untuk tunggu. ada sesuatu tetapi apa? dan terus menjadi laju apabila sampai waktunya. satu plot ke satu plot dirungkai dengan pantas. akhirnya tungguku tidak sia- sia.
3 deewarein - nama filem itu yang maksudnya 3 dinding. dinding apa? yang kelihatan dinding penjara menjadi set utama. 3 dinding yang menjadi pemisah 3 kisah yang mulanya tidak saling berkait, rupa- rupanya mereka dipenjarakan kerana punca yang berkaitan.

Monday, December 17, 2007
Thursday, December 06, 2007
Tuesday, December 04, 2007
Saturday, December 01, 2007
haRapaN menuJu kegagaLAN
setelah berjaya mengutarakan testimoni menentang kebenaran yang direka, beliau menerima pujian lalu ditawarkan kenaikan pangkat dan pelbagai lagi. tetapi beliau menolak dengan berkata, menurut oscar wilde
'ambition is the last refuge of the failure'
- grissom dalam csi
'ambition is the last refuge of the failure'
- grissom dalam csi
kontradiKSi
'hidup ini sangat panjang dengan masa yang sebenarnya makin singkat'
- aku jumpa petikan ini ketika menonton hum tum. agak menjentik kerana selama ini lazimnya kita fikir life is short. sebenarnya masa yang bergerak pantas... berlalu tanpa sedar menjadikan hidup yang panjang itu dirasakan pendek.

Thursday, November 22, 2007
mulanYa aku beRSama SasterA I
sewaktu sesi pengemasan barang kerana pindah rumah setahun lalu, aku terjumpa 2 buku. dipenuhi debu, halusan sawang dan kepingan anak lipas mati terlekat. satu buku berkulit tebal dengan rona biru kehijauan, satu lagi berwarna hitam soft cover. hikayat merong mahawangsa tajuk yang biru dan hitam tajuknya adat perpatih. buku pertama yang aku terima pada masa yang tidak sepatutnya. aku darjah 5, arwah mak teh (bekas guru) berikan kepada aku ketika aku punggah rak bukunya untuk cari buku-buku fairy tales. dengan tulisan klasik melayu jawa dan minang, buat aku keliru. terlalu berat minda mentahku untuk terima. ‘apa mak teh ni? orang kecik lagi’ jiwa budakku protes. 1999- ketika mempelajari tafsiran naskhah- naskhah hikayat, aku mula memberanikan diri mentelaah buku pemberian arwah mak teh itu. peninglah juga tetapi dapat faham. kedua buku itu agak membantu aku membuat tugasan. menjadi rujukan membuat tafsiran hikayat dan kajian adat perpatih. aku simpan lama dalam kotak. aku suka simpan kedua buku ini kerana ciri – ciri klasikalnya dan kini kerana ia pemberian arwah mak teh. ingat lagi kata arwah mak teh… ‘bacalah untuk kaji asal- usul’. aku faham kini walau tidak dulu.
Sunday, November 11, 2007
saAT Saat akhiR...laungaN meRawanKan
aku selalu asyik kelambatan menonton cerita-cerita begini. dengan rasa malu, aku akui perasaannya tidak sama terujanya ketika mahu menonton filem-filem extravaganza yang menjadi pilihan seperti pirate of …, lord of… (dan lain-lain), tetapi aku tetap akan pastikan dapat menonton filem genre ini di pawagam. dan aku bersyukur pada saat- saat akhir dapat juga curi masa untuk lari ke panggung. sebenarnya menonton filem bersifat patriotik di kaca tv kurang memberi kenikmatan kepada aku. impak tonton di panggung lagi terasa. samalah situasi yang berlaku ketika mendepani layar paloh, leftenan adnan dan embun. walau kurang teruja aku bangga menjadi salah seorang penonton filem patriotik di kalangan jumlahnya yang tak seberapa.
1957 hati malaya karya terbaru shuhaimi baba yang cukup membanggakan. tetapi kesedaran ramai untuk menonton kurang. aku malas hendak sentuh tentang hal-hal pemasaran dan sambutan. karya yang baik sangat rugi jika tidak dipasarkan dengan baik. mereka tentunya punya alasan. klise…bajet tak cukup! dicampur dengan kurangnya kesedaran + apresiasi + strategi promosi.
berbalik soal cerita, garapan filem ini agak menarik, walau rata- rata yang mengulas tidak perlu adanya ditampilkan cerita pada zaman masa kini iaitu perihal 5 sahabat (mewakili generasi muda masa kini ) menjejak sejarah lalu dalam usaha membukukan sejarah kemerdekaan negara (masihkah ada yang berminat?).
dengan diselang selikan antara sejarah dan fiksyen, aku tertarik dengan garapan dan perwatakan yang mantap. penggunaan split screen, ibarat berbalas dialog di berlainan tempat memang menarik. shuhaimi menggayakan filem dokudrama ini secara ringan dalam berat. aku dapat menelusuri, memahami dan merasai semangat filem ini…dan semangat merdeka itu sendiri. seolah aku berada di antara mereka yang menyaksi pertukaran turun naik bendera, melaungkan merdeka dan menyanyikan negaraku dengan air mata yang menitis... begitu merawankan.
dan tiba- tiba aku tertarik untuk mengetahui lebih mendalam tentang tun dr. ismail.
Tuesday, October 30, 2007
juJur dalaM TidAK
ada kejujuran dalam ketidakjujurannya. mengaku melakukan sesuatu yang tidak jujur. adakah perlu dihormati sikap sebegitu. barangkali ia lebih baik daripada tiada kejujuran dalam ketidakjujurannya. tetapi kita semua tahu asal nama tidak jujur sahaja adalah bukan sesuatu yang baik.
Friday, October 26, 2007
taK perlu HiduP dengAN alaSan
entah ke berapa kali hallmark memainkan cerita ini di astro dan sekian kali itulah aku tanpa jemu bercampur rasa terharu menonton telefilem ini. kisah benar gadis gelandangan, liz murray mencorak sendiri hidupnya. menterbalikkan hidupnya dari kehidupan tipikal anak jalanan. homeless to harvard sangat memotivasikan aku. tanpa adegan melodramatik atau melankolik, kesedihan amat dirasai. bagi liz murray, dia tak perlu hidup dengan alasan. apa sahaja latar di sebalik kisah keluarganya, kehidupan yang dilalui sejak kecil, bukan alasan mengapa dia tidak boleh berjaya.
Sunday, October 21, 2007
Sudah lamA
sudah lama tidak ketemu cinta
dengan perubahan keterbalikan yang nyata
semoga terus ke matlamat yang sebenar
diharap pilihan tetap walau nanti baru jumpa yang kurang sempurna
saling belajar dan terima seada- adanya
dengan perubahan keterbalikan yang nyata
semoga terus ke matlamat yang sebenar
diharap pilihan tetap walau nanti baru jumpa yang kurang sempurna
saling belajar dan terima seada- adanya
Saturday, October 20, 2007
mEMandu daLam mamAi
dalam mamai aku luncur laju ...berkereta
jalan terus belok sikit- sikit
ikut arus lorong
tanpa sedar aku menggelek seekor semut
yang mungkin juga turut mamai
kerna seakan lalui gurun yang merekah
berbau busuk tar
tetapi semut itu tidak penyek
digelek aku kerana dia terselamat
di celah- celah rekahan tar
yang baunya tetap sungguh menyesak
- inilah hasil memandu dalam ngantuk
jalan terus belok sikit- sikit
ikut arus lorong
tanpa sedar aku menggelek seekor semut
yang mungkin juga turut mamai
kerna seakan lalui gurun yang merekah
berbau busuk tar
tetapi semut itu tidak penyek
digelek aku kerana dia terselamat
di celah- celah rekahan tar
yang baunya tetap sungguh menyesak
- inilah hasil memandu dalam ngantuk
Wednesday, October 17, 2007
Setelah berayA
aku cuti lima hari. terpaksa sedikit berkeras untuk tidak dipotong cuti sebab aku mungkin takkan dapat lagi cuti sebegini untuk raya akan datang. sorry boss. aku bukan pentingkan diri tetapi tiada lain sebabnya hanyalah demi keluarga. untuk mak terutamanya. ketika di kampung, sepupu aku merakam video mak. mak kata seronok beraya tahun ini sebab semua ada dengan wajah yang penuh bermakna. aku kurang faham maksudnya.
pada waktu yang lain, sepupuku tontonkan rakaman raya tahun lepas. sudahnya aku faham kata- kata mak. visual mak duduk dan adegan salam menyalam. mak kelihatan sangat sedih yang tak tertahan sendunya. rupanya aku, abah dan keluarga abang tiada. kiranya keluarga aku tidak semuanya ada dalam pada semua saudara ada. nyaris-nyaris adikku (bersama suami dan anak)juga tiada sebab sepatutnya giliran dia beraya di rumah mentua. tetapi adik dan suaminya faham.
tahun ini asalnya abangku rancang dia dan keluarganya pulang ke kampung pada raya kedua tetapi sebab dengar aku dapat cuti maka, dia tukar rancangan balik awal. kiranya tahun ini keluargaku sempurna. perasaannya sangat lain kerana sukar untuk berkumpul semua. tiada yang lebih rasa indahnya raya tanpa keluarga bersama.

Wednesday, October 10, 2007
aidilFitri tetap DAtang lAgi
memandangkan tahun lepas kerja maka, aku bercuti tahun ini. 5 hari sahaja. harap boleh jumpa sanak saudara yang jarang jumpa. sebelum bercuti kena kerja lebih sikit. malam-pagi-petang-malam-pagi balik, malam pula. eh, pernah 2 hari aku tak tidur. gila... tak tidur tanpa sedar. namun begitu, salam aidifitri untuk sahabat yang mengunjung laman minda yang tertafsir ini.
Sunday, September 09, 2007
kISah kasiH persiS ct & dk
kita lihat kini datuk k dan siti nurhaliza bahagia … siapa sangka setelah percintaan perlu lalui pelbagai ranjau & onak. Dengan pelbagai cerita, prasangka, yang membabitkan kecurangan, kesetiaan, rampasan status (isteri) dan beraneka versi lagi. Tetapi siapa tahu kebenaran. Yang kecil diperbesarkan, yang salah dibenarkan, mungkin juga yang benar disalahkan. Hanya ct, dk & bekas isteri yang tahu. Tentunya Tuhan yang maha mengetahui.
Aku bukan mahu bercerita tentang kisah ct. aku pun bukan peminatnya. Aku Cuma mengambil satu contoh situasi. Secara terus,aku mahu sentuh tentang persepsi. Iaitu tanggapan orang ramai yang tahu sesuatu kisah secara luaran…superficial perception. Bukan juga salah tanggapan orang lain kerana tentunya itulah tanggapan pertama yang sepatutnya hadir. Aku juga sama seperti orang lain yang berpersepsi sebegitu. Tetapi takkanlah orang seperti ct & dk hendak membuat pc mengumum & hebahkan kepada semua orang kisah sebenar di sebalik percintaan mereka supaya orang tak tersalah anggap siti yang menyebabkan pecah belahnya rumah tangga dk. Yang peribadi tetap peribadi. Yang rahsia biar kekal rahsia. Asal keluarga kedua-duanya suka dan restu sudah cukup baik. Pedulikan tanggapan masyarakat. Kita sendiri yang tentukan hidup, membuat pilihan yang terbaik untuk diri, sendiri tahu apa yang dimahukan. Kerana yang hidup bersama kita adalah pasangan dan keluarga, bukan orang lain…kerana orang lain akan ada hidup sendiri untuk dijaga. Dengan saluran yang betul, ikut kata hati tanpa penuh emosi. Punya teman sejiwa, hidup pasti tak merana. Insya-Allah
Life is short, take it & feel it

Saturday, September 08, 2007
MeliHAt kerEnah melihaT teLatah….. manusia
Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara
Tanpa ada halangan
Aman damai suka-suka
Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
Rama-rama
Ekspresi dirimu menawan hatiku
Ingin aku terbang bersamamu
Melihat kerenah
Melihat telatah….. manusia
Yang sering telagah
Ekspidisi ini
Bagai tiada henti
Kan menjadi antologi diri
Terhentilah mimpi
Terhapuslah sepi
Sanubari yang lebih berani
Terminal yang pasti
Satu fitrah hati
Kerna yang sejati tiada kekal lagi
terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki
Seumpama rama-rama
Melewati panorama yang penuh
Warna warni
Taman bunga taman damai
Dengan aksi lincah berputik
Hidup yang harmoni
Rama-rama…
*ella
...dulu aku antara dengar dan tidak lagu ini. tetapi kesayanganku kata dia suka lagu & lirik dendangan ella ini. lalu dia perdengarkan menerusi telefon ketika dia sedang memandu. kebetulan lagu itu berkumandang.

Monday, September 03, 2007
teRus berlaRI
Monday, August 20, 2007
ciNta di...
cinta di perancis adalah komedi, di england adalah tragedi, di itali adalah opera, di jerman adalah melodrama. di malaysia...?
*marqueritte blessington
... di malaysia cinta sandiwara
*marqueritte blessington
... di malaysia cinta sandiwara
Sunday, August 19, 2007
iN tHE middLe . . .
mY faVOurite piratE
Saturday, June 16, 2007
kECualilah ...
rasa itu telah kuikat erat dengan batu lalu kucampakkan sepenuh jiwa ke laut
dengan keyakinan takkan timbul kembali kecualilah laut itu ditakdirkan menjadi kering.
dengan keyakinan takkan timbul kembali kecualilah laut itu ditakdirkan menjadi kering.
Sunday, June 03, 2007
tonTon, MEnoNTon & aFTermaTh...
dalam pada orang lain menonton filem yang merehatkan minda dan menghiburkan, aku pilih untuk tonton filem yang kacau dengan gambaran keganasan. pan's labyrinth dan hannibal rising...asalnya tak termasuk dalam senarai filem untukku tonton tetapi aku memerlukan suatu keterbalikan dalam aman. filem sebegini beri kesan dan rangsangan yang bukan sedikit. masih terngiang lagu latar tidur pan's labyrinth yang cukup syahdu dan trauma hannibal semasa kecil yang mendorong kesadisannya ketika menjelang dewasa.
Tuesday, March 20, 2007
bILa tiBA masaNya
aku tahu selalunya aku begitu mengikut arus bilamana aku berada di persimpangan. ke mana aku dihanyut aku biarkan. tapi aku juga tahu bilamana tika sampai waktunya, aku akan berhenti dan tentukannya sendiri. aku akan berhenti bila tiba waktunya. aku sendiri akan tahu
tONton fILem
aku suka tonton filem tetapi adakalanya bermusim. kerajinan aku didorong oleh filem yang bagus. aku menonton filem bukan untuk menenangkan minda tetapi untuk memberi kepuasan pemikiran. filem yang menggoncang, mengganggu, melahirkan sesuatu rasa adalah filem pilihan
Subscribe to:
Posts (Atom)