terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Saturday, October 28, 2006

oH cINta!

aku kurang mengerti mengapa ada orang yang begitu mudah melafazkan kata cinta. terlalu kerap diucapkan hingga hilang nilai keindahannya. fahamkah kita dengan makna cinta? bagi aku cinta begitu indah. keindahan yang hanya si pecinta sahaja dapat lukiskan dari hati yang tulus.

orang sering keliru dengan cinta...antara suka, minat, sayang dan kasih. baru setakat suka sudah diiktiraf sebagai cinta...baru mula meminati sudah ditafsirkan ianya cinta. baru berasa sayang tentu itulah cinta namanya. cinta adalah yang terakhir antara peringkat rasa- rasa tersebut. aku begitu takut untuk mengatakan aku sudah mencintai. sangat takut kerana ia begitu besar makna dan tanggungjawabnya. sekali cinta itu datang ia akan terus kekal. mana mungkin cinta boleh dilupakan. suatu pembohongan!

3 comments:

Anonymous said...

aku dah pernah merasainya sejak dulu lagi tapi kau tak pernah mengerti-SAK

Anonymous said...

jadi... kiranya cinta itu bukan satu pembohongan... adakah CINTA itu telah menemui jalannya?

... dan adakah terukir sudah cinta itu di hati sehingga tak mungkin lagi untuk dilupakan... tak mungkin lagi untuk dipadamkan... selamanya...

-Kasih-

ryann said...

antara semua...aku lebih suka memilih kasih.