raya kali ini giliranku bekerja setelah dua tahun berturut2 cuti.:D
aku mulakan raya dengan keadaan agak kurang sihat. aku bertugas malam raya. shift hingga awal pagi. kemudian sambung shift malam pun....sampai pagi. tiada siang bagi aku walau hari raya.
mak macam biasa pulang ke kampung. abah beraya di seremban temani mak andak(kakak abah)yang keseorangan (setelah mak teh tiada). hari kedua baru abah pulang ke kampung bersama keluarga lain.aku masih di kl...
semangat raya aku agak berkurangan, mungkin kerana tak cuti kot...tapi mungkin sebab kekacauan rasa. kosongnya... kenapa ye? yang tersayang semua beraya di kampung.
No comments:
Post a Comment