terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, October 06, 2006

...

sukar untuk diceritakan. 30 sept 2006 - sewaktu aku masih tidur (kerana kerja shift malam ke pagi), terima panggilan dari adik tapi kurang jelas,terus letak.., sempat jeling jam 11.31 pagi. tak cukup 6 jam lagi tidur. seminit lepas tu dapat mesej bertubi2. dari adik, dari abang...ayat sama:mak teh dah tak ada.terus aku bangun, call adik. mandi, siap & gerak. aku pandu laju..laju dengan fikir yang kosong.sangat bahaya!hampir tersasar dari landasan nasib tersedar.

...selepas kebumi aku ke rumah mak teh.yang lain sibuk mandi bersihkan diri. bersiap untuk berbuka. bercerita karenah anak kecil masing- masing. aku tengok rumah mak teh, bingkai gambar mak teh...gambar adik-beradik mak teh, gambar anak buah mak teh..gambar sepupu, gambar abang, gambar adik, gambar aku, gambar aku lagi. mak teh takde anak. kamilah anak mak teh. aku kesal...tidak menjadi anak saudara sebaiknya. sejak mak teh pindah ke seremban, aku tak pernah pergi melawatnya. tak pernah tanya khabarnya. sehari sebelum mak teh meninggal, aku lawat mak teh di hospital. mak teh pandang aku...tak berkata apa tapi bagai membawa makna ; kalau mak teh tak sakit tak datang lah...

No comments: